Monday, August 31, 2009

'Jangan cabar United'

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengingatkan pasukan lain agar tidak mencabar kewibawaan anak buahnya dalam kempen Liga Perdana England musim ini.Keyakinan Ferguson itu disuarakan selepas The Red Devils menewaskan musuh tradisi, Arsenal 2-1 di Old Trafford kelmarin.Musim lalu, United yang muncul juara buat kali ketiga berturut-turut berdepan kesukaran ketika menghadapi dua seteru utama, Liverpool dan Arsenal.Mereka tewas dua kali kepada Liverpool manakala Arsenal pula mengutip empat mata ketika bertemu mereka.Namun, berbeza pada musim ini apabila Ferguson tersenyum riang menyaksikan kebangkitan anak buahnya sebelum menumbangkan The Gunners 2-1."Apabila kami ketinggalan 0-1 kepada pasukan kelas dunia seperti Arsenal, ia satu tugas yang mencabar," kata Ferguson."Kami perlu berusaha dengan keras, tapi berjaya bermain dengan baik pada babak kedua dan layak menikmati kemenangan ini."Pemain sedar memenangi perlawanan penting seperti ini sangat penting. Musim lepas kami kehilangan empat mata kepada Arsenal dan enam mata kepada Liverpool."Sekarang kami berjaya menang ke atas pasukan ini pada awal saingan dan ia akan memberikan perbezaan kepada kempen musim ini." - AFP

1 comment: