Monday, September 28, 2009

Ferguson mula pasang impian



PENJAGA gol Stoke City, Thomas Sorensen (kanan) berjaya menepis rembatan Giggs daripada menerjah gawang dalam saingan EPL di Stadium Britannia, kelmarin. United menang 2-0.
Giggs mampu jadi tonggak utama musim ini


LONDON: Sir Alex Ferguson sudah meletakkan sasaran untuk membawa Manchester United mencatat rekod rentetan empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pasukannya berada di persada dengan kemenangan 2-0 ke atas Stoke. United akan menjadi pasukan pertama untuk memenangi mahkota England dalam empat musim berturut-turut jika mengekalkan gelaran tahun ini dan Ferguson yakin mereka mampu meneruskan prestasi itu selepas menyingkirkan Chelsea dari tempat teratas kelmarin. Selepas bergelut selama sejam di Stadium Britannia, United akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-62 apabila Ryan Giggs, yang masuk sebagai pemain gantian, menolak bola kepada Dimitar Berbatov untuk mudah menampan masuk.
Pertahanan United, John O’Shea memastikan tiada ruang kebangkitan buat Stoke apabila dia menanduk sepakan percuma Giggs pada minit ke-77. “Saya sebenarnya ingin untuk menyatakan (berada di atas liga) ia pada akhir Mei,” kata Ferguson. “Perjalanan masih jauh tetapi ia adalah hari baik buat kami.” Pada masa sama, Ferguson memuji Giggs yang jelas memberi inspirasi kepada pasukannya apabila dimasukkan untuk menggantikan Nani. Pengurus United itu percaya pemain tengah Wales itu akan menjadi tonggak dalam usaha kelab itu mengekalkan gelaran domestik selepas menampilkan persembahan hebat di Stadium Britannia, kelmarin. Giggs sudah memiliki 11 pingat kejuaraan Liga Perdana tetapi pemain berusia 35 tahun itu masih tetap lincah dalam tempoh 20 minit dia dimasukkan, bagi memastikan United mengutip tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan. Dia akan genap berusia 36 pada November ini dan jelas sudah segar selepas diberikan rehat sesudah berdepan perlawanan sengit setempat Manchester, Ahad lalu, apabila hantarannya membuahkan jaringan untuk Berbatov dan O’Shea. Ia adalah penampilan Giggs yang ke-350 untuk United. “Ryan adalah pemain yang penting untuk kami kerana dia cukup pintar. Hasil pergerakkan cantiknya membolehkan Dimitar menghasilkan gol pertama kami,” kata Ferguson. - Agensi

1 comment: