Wednesday, September 30, 2009

Impian besar United

PENYERANG Wayne Rooney bakal mengetuai jentera serangan United pagi esok.
MANCHESTER - Manchester United kini dalam misi meneruskan momentum kemenangan mereka kepada lapan perlawanan berturut-turut.Awal pagi esok, skuad The Red Devils itu akan turun berdepan juara Liga Jerman, Wolfsburg pada aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford.United membuka kempen Eropah musim ini dengan kejayaan 1-0 ke atas Besiktas manakala Wolfsburg pula mengalahkan CSKA Moscow untuk menjadikan pertemuan ini sebagai penentu kepada pasukan yang bakal bergelar pendahulu Kumpulan B.Selepas mencipta kemenangan ketujuh berturut-turut ketika membenam Stoke City 2-0 dalam aksi Liga Perdana England Sabtu lalu, John O'Shea yakin United mampu mengekalkan momentum mereka."Kami tahu kami perlu mengekalkan rentak kemenangan selepas kekalahan kepada Burnley (dalam aksi Liga Perdana England)," kata O'Shea mengenai kekalahan pertama United musim ini."Kami selalunya memberi reaksi yang baik selepas mengalami kekalahan seperti itu iaitu denganmengekalkan rentak kemenangan. "Tetapi persaingan akan menjadi lebih sengit dan kami perlu pastikan rentak ini di- teruskan."
Perlawanan terakhir United di Old Traf- ford ialah ketika menang 4-3 ke atas Manchester City dengan penjaga golnya, Ben Foster dipersalahkan ekoran gol pembukaan City kerana gagal me- ngeluarkan bola dari zon bahaya."Saya berasa selesa apabila Ben menjaga gol dan saya juga mempunyai keyakinan penuh kepadanya," kata pertahanan United, Nemanja Vidic."Lebih banyak perlawanan kamu bermain bersama penjaga gol yang sama atau pertahanan yang sama, kamu akan lebih banyak belajar lagi mengenai kemampuan sesama sendiri." - AFP

No comments:

Post a Comment