Wednesday, October 7, 2009

FA tuntut penjelasan Ferguson

LONDON -Pengurus Manchester United, Alex Ferguson telah diminta oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) supaya memberi penjelasan mengenai ulasan kontroversinya terhadap pengadil Alan Wiley.Ferguson mempersoalkan kecergasan Wiley selepas Manchester United seri 2-2 dengan Sunderland Sabtu lalu dan mendakwa pengadil berusia 49 tahun itu sukar mengikut rentak perlawanan perlawanan di Old Trafford.Setelah meneliti lihat ulasan Ferguson, FA England kini meminta pengurus itu memberi alasan di sebalik kata-katanya itu."Saya kecewa terhadap pengadil. Dia tidak cukup cergas untuk standard permainan ini."Rentak permainan menuntut pengadil cergas. Dia tidak cergas. Anda lihat pengadil di negara luar, mereka amat cergas. Kita ada pengadil yang cergas. Dia tidak cergas."Dia mengambil masa 30 saat untuk berlari ketika melayangkan kad kepada pemain. Dia perlukan rehat. Ia mengarut,'' ulas Ferguson.Bekas pengadil Liga Perdana England, Dermot Gallagher merasakan ulasan Ferguson itu tidak adil kepada semua pengadil.
"Dalam tempoh 17 tahun Liga Perdana, buat pertama kali saya mendengar perkara ini, seorang pengurus menggunakan alasan kecergasan mengkritik pengadil. "Saya telah dengar bermacam-macam perkara tetapi saya tidak pernah dengar seorang pengurus mengkritik pengadil tidak cergas.''Ini tahun 2009, dengan latihan yang mereka (pengadil) ada sekarang, ia adalah ulasan mengarut yang pernah saya dengar."Para pengadil semestinya cergas. Mereka berlatih empat, lima atau enam kali seminggu."Mereka berlatih secara intensif di mana 10 tahun lalu saya hampir tidak percaya,'' kata Gallagher kepada Sky Sports News.Sementara itu, bos Blackburn, Sam Allardyce tidak akan berdepan hukuman lain selepas FA England menilai kritikannya terhadap keputusan pengadil Peter Walton yang tidak memberikan penalti selepas Thomas Vermaelen dilihat mengasari David Dunn ketika Rovers kalah 6-2 di Arsenal."Saya tidak mahu merendahkan Arsenal tetapi ia kekasaran yang sepatutnya diberikan penalti."Sebagai manusia biasa, ia satu posisi yang amat tertekan. Ia merupakan tekanan besar dalam liga ini, "Anda perlu membuat keputusan penting, jika tidak anda tidak harus kekal dalam liga ini terlalu lama, bukan sebagai pengurus atau pemain, jadi sebagai pengadil anda perlu membuat penilaian yang sama.
"Mereka (pengadil) kini profesional sepenuhnya, jadi jika mereka tidak cukup cergas, kita harus mencari pengadil lain,'' kata Allardyce. - AFP

No comments:

Post a Comment