Wednesday, October 7, 2009

Owen cergas jalani latihan

LONDON - Penyerang Manchester United, Michael Owen kembali menjalani latihan penuh, kelmarin selepas tidak beraksi ketika pasukannya seri dengan Sunderland, Sabtu lalu.Owen dikeluarkan ketika pasukannya menang pada kempen Liga Juara-Juara ke atas Wolfsburg akibat kecederaan pangkal paha dan tidak pulih tepat pada masanya untuk beraksi dalam pertembungan dengan Sunderland.Walaupun pada awalnya tercetus kebimbangan, bekas penyerang Liverpool itu mungkin terpaksa berehat selama tiga minggu, kini dia sudah sedia untuk kembali beraksi."Saya akan kembali menjalani latihan penuh. Semakin anda tua, semakin anda perlu faham tubuh anda."Mungkin jika beberapa tahun lalu saya akan terus beraksi dengan kecederaan sebegini."Kini saya merasakan sesuatu datang pada diri saya. Jika saya teruskan juga atau melakukan pecutan, saya rasa sakit di pangkal paha.''Jadi, saya berehat. Bukan tiga atau empat minggu, ia hanya tiga atau empat hari. Ia sesuatu yang perlu anda rasai,'' katanya.Sementara itu, Owen yang memiliki 89 cap antarabangsa dan menjaringkan 40 gol untuk skuad kebangsaan England, tidak diberikan harapan untuk tersenarai dalam skuad 23 pemain ke Piala Dunia ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Owen belum lagi tampil dalam skuad Fabio Capello dan sekali lagi tersisih dari senarai jurulatih dari Itali itu daripada skuad England untuk perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine dan Belarus.Ketika ditanya mengenai peluangnya untuk beraksi pada Piala Dunia tahun depan, Owen menjawab: ''Kita tengoklah nanti. Setiap matlamat pemain England ialah ke Piala Dunia dan tersenarai dalam skuad."Saya ada masa enam atau tujuh bulan untuk melakukan yang terbaik untuk Manchester United dan saya harap Fabio Capello akan memerhatikannya.'' - AFP

No comments:

Post a Comment