Sunday, November 29, 2009

Giggs masih hebat

PORTSMOUTH: Alex Ferguson percaya beliau akan terus mendapat khidmat Ryan Giggs untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi.Pemain veteran dari Wales itu yang menjaringkan gol ke-100 pada saingan Liga Perdana ketika kemenangan 4-1 Manchester United di Portsmouth, menyambut ulang tahun ke-36, kelmarin dan dikatakan sedang meniti tempoh kecemerlangan di sepanjang kariernya.Hatrik Wayne Rooney yang pertama bersama United sejak Oktober 2006 menjadi teras kejayaan United di Fratton Park tetapi sentuhan Giggs, yang melencongkan bola menerusi sepakan percuma, dianggap sebagai sesuatu yang cukup menarik.“Selamat ulang tahun Ryan,” kata Ferguson.“Dia seorang pemain yang hebat - faktor yang jarang ditemui pada pemain lain. Dia akan bersama kami untuk tempoh dua tahun lagi.”Portsmouth memberikan cabaran yang menarik ketika di bawah bimbingan Avram Grant buat pertama kalinya musim ini tetapi tetap gagal menyaingi kehebatan lawan yang mula mengubah rentak perlawanan sebaik babak kedua bermula.“Ia keputusan yang cukup baik buat kami kerana 4-1 di tempat lawan adalah sesuatu yang pasti membuat anda gembira,” kata Ferguson. - AFP

No comments:

Post a Comment