Sunday, November 29, 2009

Ferguson kagum dengan semangat Giggs

RYAN Giggs masih mampu bersaing meskipun semakin dimamah usia.

LONDON - Alex Ferguson memuji Ryan Giggs selepas pemain veteran itu meledakkan gol ke-100 buat Manchester United. Pemain sayap Wales itu menjadi sumber inspirasi United ketika menghadiahkan kekalahan pertama buat pengurus baru Portsmouth, Avram Grant dengan kemenangan 4-1 di Fratton Park kelamrin. Giggs menjaringkan gol keempat United menerusi sepakan percuma selepas Wayne Rooney turut cemerlang dengan meledakkan hatrik pada pertemuan tersebut. "Ryan adalah seorang pemain yang luar biasa, jarang sekali ada pemain sepertinya di dunia ini.
Dia akan terus bermain untuk selama dua tahun lagi," kata pengurus United itu. "Dia akan berusia 36 tahun esok (hari ini), jadi saya mengucapkan selamat hari jadi kepadanya." Portamouth memperoleh jaringan tunggal menerusi sepakan penalti Kevin-Prince Boateng selepas Nemanja Vidic dilihat menarik baju Frederic Piquionne dalam kawasan penalti. Buat kali pertama Ferguson tidak mengkritik keputusan pengadil apabila Mike Dean turut menghadiahkan dua sepakan penalti kepada pasukannya. "Dia harus mendengar pendapat penjaga garisan yang berdiri 50 ela daripada tempat kejadian," kata Ferguson. "Kamu akan lihat insiden ini berlaku dalam kotak penalti setiap minggu. Jika kamu rasa perebutan bola dalam sepakan penjuru atau tarik menarik ini adalah penalti, maka tidak mengapalah. "Amat kecewa sekali bagi kami kerana dikenakan penalti atas situasi itu. "Babak pertama sangat memuaskan buat kami dan apa yang penting sekali ialah mengekalkan disiplin dan rentak kemenangan." - Agensi

No comments:

Post a Comment