Saturday, December 19, 2009

Beckham ke Old Trafford


NYON: David Beckham bakal kembali ke Old Trafford selepas Manchester United diundi menentang AC Milan, semalam, pada perlawanan pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.Pemain tengah England yang menjuarai Liga Juara-Juara bersama United pada 1999 sebelum menyertai Real Madrid pada 2003 akan kembali ke Milan, bulan depan, untuk dipinjamkan buat kali kedua oleh Los Angeles Galaxy.Beckham masih belum pernah menentang kelab yang menaikkan namanya itu.Pengarah Komunikasi United, Phil Townsend berpuas hati dengan undian itu.“Ia pasti sesuatu yang hebat,” katanya kepada Sky Sports News. “Saya fikir semua orang di Old Trafford akan teruja dan itulah Liga Juara-Juara sebenarnya.
“Dia (Beckham) akan menerima sambutan hebat, seperti pemain lain yang tiba di Manchester United. Dia adalah pemain yang hebat buat kelab ini dan kami berharap dia akan bermain,” katanya.Chelsea pula akan menentang bekas pengurus mereka, Jose Mourinho selepas diundi menentang kelabnya ketika ini, Inter Milan.Mourinho digelar “Yang Istimewa” ketika membimbing Chelsea memenangi Liga Perdana Inggeris pada 2005 dan 2006 sebelum meninggalkan kelab itu pada awal musim 2007/2008.Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay turut gembira dengan perlawanan bertaraf tinggi itu.“Ia menakjubkan, Ia menjadi topik perbualan ketika kami tiba di sini dan akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.“Ia sesuatu yang menakjubkan bagi peminat dan bagi penyokong berkecuali, saya pasti ia tentunya sesuatu yang mengagumkan.“Saya pasti Jose akan menerima reaksi hebat daripada penyokong kami tetapi hakikatnya, dia mewakili pasukan lawan dan kami berhasrat untuk memenangi kedua-dua perlawanan itu,” katanya.Arsenal akan menentang kelab Portugal, Porto, seperti tiga pasukan Inggeris lainnya beraksi di tempat lawan dalam perlawanan pertama selepas memenangi saingan peringkat kumpulan.Setiausaha Arsenal, David Miles percaya pengurus Arsene Wenger akan berpuas hati dengan dua perlawanan menentang Porto.“Saya fikir dia pasti gembira,” katanya. “Kami pernah menentang Porto sebanyak tiga kali dalam empat musim, jadi kami cukup mengenali pasukan ini.”Kelab Sepanyol pula berjaya mengelakkan nama besar dengan juara bertahan, Barcelona diundi menentang pasukan Jerman, Stuttgart dan Real Madrid akan menentang kelab Perancis, Lyon.
Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas mengakui mereka berdepan tugas besar menentang kelab bekas penyerang mereka, Karim Benzema.“Ia undian yang terlalu sukar,” kata Aulas kepada Eurosport.“Mereka adalah pasukan yang hebat dan perlawanan akhir akan diadakan di Madrid, kami sedar bagaimana ia mampu memberi motivasi.” Aulas berkata: “Dia (Benzema) adalah pemain yang hebat buat kami dan pastinya sesuatu yang istimewa baginya untuk menentang bekas kelab.”Pasukan gergasi Jerman, Bayern Munich akan menentang kelab Serie A, Fiorentina dan CSKA Moscow berdepan kelab Sepanyol, Sevilla.Presiden Sevilla, Jose Maria del Nido mengakui bahawa ancaman berbahaya buat pasukannya ialah cuaca dingin di Moscow.“Kami puas hati dengan undian ini. Saya fikir kelemahan terbesar buat Sevilla ialah kesejukan, kami akan bermain pada suhu bawah lapan darjah selsius,” kata del Nido. - AFP

No comments:

Post a Comment