Saturday, December 19, 2009

Fergie tagih bisa Valencia

LONDON: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengharapkan Antonio Valencia (gambar) lebih menyerlah apabila membawa pasukannya yang dibelenggu kecederaan berdepan Fulham di Craven Cottage, hari ini.Kemenangan United 3-0 ke atas Wolves, Selasa lalu memastikan tekanan berterusan terhadap pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dengan Valencia menjaringkan satu gol buat United dan gol keenamnya musim ini.Ferguson harap angka itu segera bertambah sebaik pemain tengah itu membiasakan dirinya dengan kehidupan di Old Trafford selepas perpindahan ketika pra-musim dari Wigan dengan bayaran £16 juta (RM89 juta).“Peningkatan Antonio begitu menakjubkan,” kata Ferguson. “Dia datang kepada kami sebagai seorang lelaki pendiam tetapi kini permainannya cukup berkembang dan bijak menyuarakan pandangan.“Kami mahu melihat dia menunjukkan peningkatan daripada segi jaringan pula.
“Inilah aspek yang kita mahu dia perbaiki. Semua pemain datang ke sini untuk meningkatkan permainan mereka dan itulah yang dia lakukan. “Kini dia mampu jaringkan gol. Kami mahu melihatnya lebih kerap,” katanya.Pasukan pelawat juga terpaksa membuat pertukaran terhadap pertahanan mereka dalam perlawanan ini ketika Rio Ferdinand, Jonny Evans, John O’Shea dan Gary Neville diketepikan akibat kecederaan.Ketiadaan bek tengah England, Ferdinand paling dirasai di Old Trafford tetapi kapten United itu yakin dia akan kembali menyumbang pengalamannya untuk membantu kempen pasukan itu merebut kejuaraan.Dia tidak beraksi sejak kekalahan kepada pasukan Reds, 2-0 di Liverpool, Oktober lalu, berikutan kecederaan betis dikaitkan dengan masalah belakang tetapi dijangka kembali tidak lama lagi.“Perkara terburuk buat pemain adalah apabila cedera dan hanya menyaksikan pasukan anda beraksi, jadi saya berusaha keras di gimnasium bagi memastikan saya cukup cergas,” katanya.“Saya dapat melihat sinar di hujung jalan. Ia satu tempoh rehat yang cukup lama dan menyeksakan bagi saya kerana saya tidak pernah cedera sebelum ini,” katanya.United juga bakal kehilangan khidmat Ryan Giggs dan Nani yang tercedera ketika perlawanan minggu ini dan Owen Hargreaves juga akan terus berehat selepas menjalani pembedahan lutut. - AFP

No comments:

Post a Comment