Sunday, December 6, 2009


Gol Tevez ceriakan Manchester United

TEVEZ (kanan) meraikan kejayaan merobek gawang Chelsea bersama rakan sepasukan Robinho dalam saingan EPL

Kemenangan City bantu kurangkan kelebihan Chelsea kepada dua mata ke atas Red Devils LONDON: Carlos Tevez 'membantu' kelab lamanya, Manchester United apabila menghasilkan gol kemenangan untuk Manchester City menewaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea 2-1, kelmarin. Kemenangan City, yang hadir selepas rentetan tujuh seri, berjaya mengurangkan kelebihan Chelsea kepada dua mata sahaja ke atas United.
Chelsea, yang tersingkir daripada Piala Liga menerusi penentuan penalti di tangan Blackburn, Rabu lalu, sekali lagi berdepan igauan penalti, apabila sepakan Frank Lampard diselamatkan penjaga gol, Shay Given ketika pendahulu itu ketinggalan 2-1 dan permainan berbaki lapan minit. Bagi Given, yang baru-baru ini kecewa dengan kegagalan Republik Ireland ke Piala Dunia hasil kemenangan kontroversi Perancis, kejayaan itu adalah sesuatu yang istimewa. "Sudah tujuh atau lapan perlawanan sejak kami mengecap kemenangan liga. Ia tambah istimewa kerana menang ke atas Chelsea, pasukan teratas dengan ramai pemain hebat.
"Kami hanya tewas satu perlawanan sahaja musim ini (kepada United), jadi saya rasa persembahan kami setakat ini tidaklah buruk." Chelsea mendahului seawal minit kelapan, menerusi sepakan sudut yang dipertikaikan, apabila bola menuju kepada Nicolas Anelka tetapi rembatannya diselamatkan Given. Namun bola muntah itu terkena Emmanuel Adebayor dan masuk ke gawang sendiri. Begitupun Adebayor menebus kesilapan itu tujuh minit sebelum rehat, apabila merembat dari jarak dekat. Gol Tevez pasti menggembirakan kedua-dua pasukan dari Manchester, apabila rembatannya pada minit ke-56 menewaskan penjaga gol Chelsea, Petr Cech. - AFP

No comments:

Post a Comment