Wednesday, December 9, 2009

Owen kembali dapat sentuhan


Manchester United's Michael Owen is on the way to scoring his third goal during the Champions League group B soccer match VfL Wolfsburg and
LONDON – Alex Ferguson memuji Michael Owen selepas penyerang tersebut memberi mesej peribadi kepada jurulatih England, Fabio Capello dengan jaringan hatriknya.Manchester United menewaskan Wolfsburg 3-1 kelmarin untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan B.Owen membuktikan bahawa dengan prestasinya itu, dia sepatutnya berada dalam senarai skuad England ke Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.“Sudah banyak kali Michael membuktikan bahawa dia adalah salah seorang penyerang terbaik di England ketika ini,” kata Ferguson.Owen telah membuat lapan penampilan buat United musim ini, namun Ferguson percaya prestasi pemain itu pagi kelmarin mampu membantunya merebut tempat dalam skuad utama Capello.Tambah Ferguson: “Sudah pasti, kerana semuanya telah terbukti di atas padang dan Michael telah memberi yang terbaik malam ini (kelmarin).“Prestasinya ketika latihan telah banyak meningkat dan saya gembira dengan persembahannya malam ini.”
Owen, 30, turut memuji aksi rakan sepasukannya di United.“Aksi saya menjaringkan tiga gol ini sudah pasti akan menjadi perhatian, tetapi ia sebenarnya berpunca daripada kerja berpasukan yang menakjubkan,” kata Owen.Ferguson terpaksa mengubah formasi kepada 3-5-2 dengan menurunkan pemain perancang, Darren Fletcher dan Michael Carrick bersama Patrice Evra di bahagian tengah pertahanan.“Barisan pertahanan kami agak berisiko kerana perubahan sistem permainan. Tetapi kami mengubahnya untuk memastikan penyerang Wolfsburg, Grafite dan Edin Dzeko dapat dikekang,” kata Ferguson. – Agensi

No comments:

Post a Comment