Wednesday, December 16, 2009

Manchester belasah Wolves 3-0

LONDON: Manchester United menewaskan Wolverhampton Wanderers 3-0 di Old Trafford, awal pagi tadi, sekali gus berkongsi mata dengan pendahulu liga, Chelsea. Bagaimanapun, Chelsea masih menduduki tempat teratas liga kerana perbezaan jaringan gol dan mempunyai kelebihan satu perlawanan apabila bertemu Portsmouth, awal pagi esok. Penyerang England, Wayne Rooney membuka tirai jarinagn United selepas dikalahkan oleh Aston Villa hujung minggu lalu.
Gol itu diperoleh Rooney hasil tendangan kencang di dalam kotak penalti pada minit ke-30 selepas menerima hantaran sepakan sudut Darron Gibson. Nemanja Vidic menambah derita Wolves beberapa minit sebelum babak pertama tamat menerusi tandukan. Tendangan jarak jauh Antonio Valencia pada minit ke-66 menutup tirai kemenangan selesa United, dengan Wolves pila kini memasuki zon penyingkiran daripada liga perdana. Kemenangan itu menyaksikan rekod kemenangan ke-900 United sejak dibimbing pengurus, Alex Ferguson. "Wolves mulanya membuat kami terpaksa bekerja keras meskipun perlawanan ini menurunkan barisan kedua mereka. "Kami mengambil masa untuk menemui rentak permainan dan jaringan awal nyata memberi keselesaan kepada kami," kata Ferguson. - AFP

No comments:

Post a Comment