Tuesday, December 15, 2009

Vidic gesa rakan di United bangkit

MANCHESTER: Nemanja Vidic menggesa pemain Manchester United agar segera bangkit untuk kembali menguasai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menentang Wolves, hari ini.Ketika Chelsea hanya sekadar mencatat seri 3-3 dengan Everton, Sabtu lalu, United di tangga kedua pula terlepas peluang menyamakan mata dengan pendahulu itu apabila mereka kemudiannya tewas 1-0 kepada Aston Villa di Old Trafford.Vidic kembali menyertai pasukan itu ketika menentang Villa selepas berehat panjang apabila jatuh sakit.Masalah kecederaan di kalangan anak buah Sir Alex Ferguson itu bertambah ringan apabila Vidic akan turut ditemani Wes Brown yang sebelum ini tidak beraksi berikutan kecederaan hamstring akan menentang Wolves yang berjaya melepasi tiga pasukan tercorot dengan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham di tempat lawan hujung minggu lalu.Vidic, pemain Serbia, mahukan juara bertahan itu menunjukkan kemampuan sebenar ke atas pasukan yang dijangka tercicir.
“Ini peluang terbaik kami untuk beraksi dengan baik, jaringkan gol dan memulihkan keyakinan,” katanya.“Amat penting apabila tewas, anda perlu beraksi perlawanan berikutnya secepat mungkin, agar anda boleh bermain lebih baik dan memperbaiki kesilapan lalu.“Kami amat kecewa. Kami berdepan perlawanan di tempat sendiri dan peluang berkongsi kedudukan pendahulu dengan Chelsea tapi sebaliknya, kami mensia-siakannya,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment