Wednesday, December 23, 2009

Manfaat peluang pintas Chelsea
Pertahanan Manchester United, Patrice Evra menggesa pasukannya mengutip mata penuh pada perlawanan minggu Krismas jika berhasrat mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea. Dua kekalahan pada tiga perlawanan terdahulu menyebabkan United ketinggalan empat mata di belakang Chelsea yang turut menghadapi masalah mengutip mata penuh pada perlawanan mereka. Skuad bimbingan Sir Alex Ferguson yang akan berkunjung ke Hull pada 27 Disember ini bakal berhadapan tentangan sengit daripada skuad bimbingan Phil Brown itu. Tetapi Evra masih berpendapat United mampu mengubah nasib mereka dan berupaya meraih mata penuh di Stadium KC serta menundukkan Wigan di Old Trafford pada 30 Disember. Kedua-dua kemenangan itu akan mengukuhkan kedudukan United sebelum saingan liga berehat pendek untuk memberi laluan kepada saingan Piala FA. “Ia masa yang amat genting buat kami. Kami tewas kepada Aston Villa dan Fulham jadi kami menyasarkan untuk bangkit memenangi semua perlawanan kami selepas ini. “Kami sentiasa bermain dengan baik pada situasi ini dan lebih-lebih lagi ketika kami amat memerlukan kemenangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment