Wednesday, December 23, 2009

Albert Scanlon meninggal dunia

SCANLON, pemain United yang terselamat tragedi 1958 meninggal dunia kelmarin.
LONDON - Bekas pemain Manchester United, Albert Scanlon, salah seorang yang terselamat dalam nahas udara Munich akhirnya meninggal dunia pada usia 74 tahun kelmarin.Scanlon, salah seorang anggota 'Busby Babes' yang mendapat gelaran itu kerana mereka berlatih menerusi sistem pemain belia sehingga ke skuad utama di bawah pengurus Matt Busby telah membuat kemunculan sulung buat United pada 1954 ketika berusia 19 tahun.Dia sebelum ini memang berada di dalam keadaan yang kurang sihat.Lapan daripada rakan sepasukannya dan tiga pegawai pasukan telah terkorban apabila pesawat yang dinaiki mereka terhempas akibat ribut salji di lapangan terbang Munich pada 1958 ketika bertandang untuk perlawanan Piala Eropah.Dalam nahas itu, Scanlon telah patah kaki dan retak tengkorak tetapi dia pulih semula dan kembali beraksi pada musim 1958/59.
"Manchester United dengan dukacitanya memaklumkan kematian bekas pemain kami, Albert Scanlon. Semua di kelab ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Scanlon dan rakan-rakannya," kata kenyataan kelab itu pada laman web rasminya semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment