Wednesday, December 16, 2009

McCarthy pertahan tindakan

MANCHESTER - Pengurus pasukan Wolverhampton Wanderers, Mick McCarthy mempertahankan keputusan untuk tidak menurunkan kesebelasan utama pasukannya ketika tewas 3-0 di tangan Manchester United di Old Trafford kelmarin.Keputusan untuk menukar barisan utama yang bermain dengan cemerlang sehingga berjaya menumbangkan Tottenham pada perlawanan sebelum ini telah menyebabkan penyokong mereka berang.Ketika perlawanan berlangsung mereka melaung kata-kata seperti, 'Ini adalah satu pembaziran wang', 'Dimana kesebelasan utama pasukan kami?' dan 'Tidak berbaloi bayar tiket berharga 40 pound untuk menonton perlawanan pasukan simpanan'.Namun, McCarthy yang sedang menghadapi masalah kemungkinan pasukannya tersingkir daripada saingan Liga Perdana England musim depan tegas mengatakan keputusan untuk menukar barisan utama pasukan memang patut dilakukan."Saya menurunkan pasukan terbaik yang ada malam ini, pemain yang cergas, cemerlang dan terkuat untuk saya."Saya faham dengan kemarahan para penyokong namun, mereka kena terima hakikat bahawa itu adalah barisan utama pasukan saya. Saya mempunyai 21 pemain untuk dipilih dan kesemua mereka adalah kesebelasan utama untuk saya.
"Saya harap mereka juga faham keadaan saya dan saya mahu prestasi saya diadili sama ada pasukan ini boleh kekal dalam saingan liga musim depan atau sebaliknya," katanya.Dalam saingan Liga Perdana England, semua pasukan kebiasaannya akan menurunkan kesebelasan utama bagi mengelak untuk jatuh ke divisyen bawah sekali gus terkeluar dari saingan liga musim depan.Bagaimanapun, Chelsea akan lebih terasa dengan keputusan itu apabila kemenangan ke atas Wolves membuatkan United berkongsi mata dengan Chelsea di persada liga."Saya tidak kisah dengan reaksi daripada mana-mana pihak."Saya hanya akan membuat keputusan yang saya rasa baik untuk para pemain dan juga pasukan ini. Saya tahu akan ada pihak yang mempersoalkan keputusan saya, tetapi yang penting tiada seorang pun pemain saya yang mengalami kecederaan," jelasnya.
Dalam pada itu, pengurus pasukan United, Sir Alex Ferguson yang turun pada penampilannya ke-900 dalam saingan liga mempunyai beberapa perkara yang lebih penting untuk difikirkan daripada memikirkan tentang barisan utama pasukan Wolves - iaitu masalah kecederaan.
Pemain pertahanan England, Wes Brown tidak boleh diturunkan pada perlawanan itu kerana mengalami kecederaan hamstring dan Nemanja Vidic mengalami kecederaan betis menyebabkan mereka tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang Fulham Sabtu ini sekali gus menjadikan jumlah mereka yang cedera sebanyak lapan orang.Ferguson yang menyaksikan pasukannya memenangi perlawanan kelmarin dengan jaringan daripada sepakan penalti, Wayne Rooney, Vidic dan Antonio Valencia berkata, pasukan perlu bangkit dan melupakan masalah kecederaan yang sedang melanda itu."Wolves telah bermain dengan baik dan harus diingat kebanyakan pemain dalam pasukan itu adalah pemain simpanan. Namun, mereka bermain dengan baik sekali hingga menyukarkan kami."Kami terpaksa mengambil masa yang lama sebelum dapat menguasai perlawanan. Walaupun melakukan beberapa perubahan taktik namun, ia gagal untuk mengekalkan cara permainan yang baik."Kami mula berasa selesa apabila dapat menjaring gol pertama dan saya yakin kami boleh menjaringkan lebih banyak gol jika bermain dengan lebih cemerlang, namun, keputusan ini juga sudah cukup untuk menggembirakan saya," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment