Sunday, December 27, 2009

Mourinho hanya minat United
MOURINHO tetap menyimpan angan-angan untuk kembali semula ke Liga Perdana England suatu hari nanti.
ROM - Jose Mourinho menolak tawaran lumayan Manchester City kerana impiannya hanyalah untuk menjadi pengurus Manchester United.Jurulatih Inter Milan yang pernah membimbing Chelsea itu telah menolak pelawaan dari Eastlands beberapa minggu lalu.Mourinho berkata, dia berhajat untuk melengkapkan kontraknya di San Siro itu yang akan berakhir pada 2012, mengulangi apa yang dilaungkannya minggu lalu."Buat masa ini saya masih dan akan menjadi jurulatih Inter sehingga 2012. Itu apa yang saya tandatangani dan yakin akan mencapai sehingga tahun 2012," katanya dalam satu temuramah televisyen kelmarin.Namun sumber yang rapat dengan pengendali berbangsa Portugal itu mendedahkan yang ia hanyalah alasannya untuk menolak tawaran City.
Mereka yakin yang cita-cita Mourinho adalah untuk menjadi pengganti Alex Ferguson di United.
Ferguson memang meminati karisma Mourinho yang menjadi satu-satunya pengurus selain dirinya yang berjaya menjulang trofi Liga Perdana England pada lima musim terakhir ini.Mourinho memang sudah tidak berahsia lagi yang dia mahu kembali ke England apabila baru-baru ini dia berkata yang dia rindukan bola sepak England terutamanya ketika sambutan Krismas."Pada ketika itu, stadium penuh dengan kanak-kanak dan kaum keluarga. Ia satu suasana yang cukup menarik," kata Mourinho. - Agensi

No comments:

Post a Comment