Friday, December 4, 2009

Ronaldo enggan jumpa United

LONDON - Cristiano Ronaldo mengakui, dia tidak mahu bertembung dengan Manchester United dalam saingan Liga Juara- Juara musim ini.Bintang Real Madrid itu tidak mahu berdepan dengan pengurus Alex Ferguson dan bekas rakan- rakan sepasukannya yang masih dianggapnya sebagai kawan.Begitupun, dua kelab gergasi Eropah itu mungkin akan bertemu sesama sendiri seawal pusi- ngan kalah mati Februari depan.Namun, semua itu bergantung kepada keputusan yang akan dicatat mereka pada aksi terakhir peringkat kumpulan minggu depan."Saya tidak mahu bermain menentang Manchester. Ia akan menjadi perasaan yang agak pelik jika saya menentang mereka. Ferguson telah banyak membantu dalam karier saya.
"Saya berada di sana selama enam tahun dan dia mengajar saya banyak perkara. Saya masih mengekalkan hubungan baik dengannya."Dia seorang kawan yang baik. Saya masih memiliki rakan yang sama."Kadangkala saya masih bercakap dengan (Wayne) Rooney, (Nemanja) Vidic, (Rio) Ferdinand, Nani, (Patrice) Evra dan Anderson," kata Ronaldo.Ronaldo mendedahkan bahawa matlamat utamanya kini ialah untuk dikenang sebagai pemain legenda."Jika saya masih mampu bermain sehingga usia 40 tahun, saya akan tetap bermain. Tetapi saya mahu menjadi pemain legenda yang diingati dalam sejarah," jelasnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment