Saturday, January 9, 2010

Amaran MU!

BIRMINGHAM: Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs tampil memberi amaran kepada pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) betapa mereka mengundang bahaya mahu mengenepikan juara bertahan itu. Prestasi tidak menentu United kebelakangan ini memberi sedikit harapan kepada pasukan yang mencabar untuk kejuaraan musim ini bahawa skuad bimbingan Sir Alex Ferguson mungkin terdedah untuk menamatkan musim ini tanpa sebarang gelaran. Anak buah Ferguson masih belum pulih daripada kejutan tewas pada pusingan ketiga Piala FA, minggu lalu kepada pendahulu Liga Satu, Leeds United di Elland Road.
Prestasi mereka dalam EPL juga tidak konsisten dan kunjungan ke Birmingham, hari ini tampak memberi satu lagi tentangan sengit memandangkan aksi cemerlang anak buah Alex McLeish ketika ini. Buat pertama kali, kemenangan untuk United belum terjamin memandangkan Birmingham tampak mahu melebarkan rentetan 11 perlawanan tanpa kalah dalam liga. Giggs, bagaimanapun, berkeras bahawa United mempunyai apa diperlukan untuk bangkit daripada kekecewaan minggu lalu dan meletakkan kembali musim mereka atas landasan. Warga Wales berusia 36 tahun itu berkata: “Ia sentiasa sama di sini, satu kekalahan dan ia dianggap satu bencana. Itu tidak akan berubah. Tetapi kami tidak terbawa-bawa dengannya, seperti biasa saja memandangkan kami juga tidak terbawa-bawa jika kami melakarkan 10 kemenangan berturutan.” - AFP

No comments:

Post a Comment