
LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson sekali lagi berang dengan tindakan pengadil setelah Darren Fletcher dilayangkan kad merah ketika mereka seri 1-1 dengan Birmingham City awal pagi semalam.Ferguson mengkritik pengadil perlawanan, Mark Clattenburg setelah dia melayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah kepada Fletcher selepas pemain tengah itu menjatuhkan penyerang Birmingham, Cameron Jerome."Saya sudah lama tidak melihat pemain dibuang padang dengan cara lembut begini. Saya pernah menyaksikan Clattenburg mengendalikan perlawanan Tottenham bertemu Arsenal musim ini."Kamu perlu menjatuhkan seseorang dengan keras sebelum dia melayangkan kad kuning kepada sesiapa pun dalam perlawanan itu dan kini dia memerintah pula pemain saya keluar padang."Terdapat beberapa keputusan menarik dan juga pelik dibuat. Penjaga garisan kata jaringan kami adalah ofsaid tetapi ia adalah gol sendiri dan mengapa dia kata ofsaid pula."Ia ternyata tidak masuk akal dan kad kuning kedua yang diterima Fletcher pula cukup lembut," kata Ferguson.Terdahulu, Jerome mengejutkan United menerusi rembatan jarak dekat untuk membolehkan Birmingham mendahului pada minit ke-39.Namun, United berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-63 menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan Birmingham, Scott Dann."Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama tetapi ia menjadi sukar apabila kami dibolosi pada penghujung babak pertama.

No comments:
Post a Comment