Pertembungan dua musuh tradisi


ROONEY (kiri) sekali lagi akan mengetuai jentera serangan United pada pertemuan menentang Arsenal di Emirates malam ini
“Tidak dapat dinafikan bahawa Chelsea juga merupakan salah sebuah kelab yang kuat tetapi kelab itu dilihat menunjukkan peningkatan dalam saingan trofi liga sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.“Namun sejarah telah membuktkikan Arsenal akan sentiasa memberikan saingan dan perlawanan Ahad ini (malam ini) pastinya menjanjikan saingan sengit,” jelas Ferguson.Sementara itu, Wenger berkata, dia hanya akan berasa gembira jika dapat menewaskan United bagi membuktikan kelabnya serius untuk menjuarai liga.“Saya sudah tidak sabar untuk perlawanan tersebut kerana perlawanan itu nanti bakal menjanjikan persembahan bola sepak yang menarik.“Ia satu perlawanan yang tidak akan membuat semua peminat bosan dan saya percaya anda pasti terhibur dengan perlawanan itu nanti,” kata Wenger.Bagi merealiasikan impian meraih kemenangan di tempat sendiri, Wenger dijangka menurunkan tonggak pertahanan, Sol Campbell bagi mengekang pergerakan penyerang sensasi United, Wayne Rooney yang telah meledak 13 gol dalam 13 penampilan terakhirnya. – AFP
No comments:
Post a Comment