Saturday, January 23, 2010

Rooney hero United

LONDON – Manchester United memintas Arsenal untuk mendahului takhta Liga Perdana England selepas kemenangan 4-0 ke atas Hull City semalam.Dengan kemenangan itu, United kini mengumpul 50 mata, dua mata mengatasi Arsenal dan Chelsea yang menghuni tangga kedua dan ketiga liga.Arsenal dan Chelsea tidak beraksi semalam kerana terlibat dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA.Kejayaan United itu dihasilkan oleh Wayne Rooney yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan tersebut dengan menjaringkan empat gol.Malam bergaya Rooney itu bermula pada minit kelapan diikuti tiga lagi jaringan pada minit ke-82, 86 dan 90.Ia hadir tepat pada masanya ketika United sedang mempertimbangkan tawaran kontrak baru kepada Rooney yang turut mendapat perhatian kelab Sepanyol, Real Madrid.Selain kehebatan penyerang skuad kebangsaan England itu, rentak bergaya United turut dibantu dengan kehadiran semula pertahanan kental, Rio Ferdinand dalam kesebelasan utama.Boleh dikatakan, United menguasai perlawanan tersebut tanpa memberi sebarang ruang kepada lawan untuk melancarkan gerakan.“Inilah United yang sebenarnya. Banyak lagi yang akan kamu lihat daripada kami apabila semua pemain utama pulih sepenuhnya daripada kecederaan.“Kami akan terus memberi saingan dan United akan bangkit,” kata pengurusnya, Alex Ferguson. – Agensi

No comments:

Post a Comment