Saturday, January 23, 2010

Giliran MU terajui liga
Hull City's Brazilian midfielder Geovanni (R) vies with Manchester United's English forward Wayne Rooney during the English Premier League football match between Manchester United and Hull City at Old Trafford, Manchester, north-west England on January 23, 2010. – AFP

LONDON – Penyandang juara, Manchester United menduduki tangga teratas Liga Perdana England, buat pertama kali sejak Oktober lalu, apabila Wayne Rooney meledak empat gol untuk pasukan itu menang 4-0 di tempat sendiri ke atas Hull City, semalam.United memintas Chelsea dan Arsenal, yang beraksi dalam pusingan Piala FA, apabila mengumpul 50 mata selepas 23 perlawanan.Arsenal mengumpul 48 mata dari 22 perlawanan, manakala Chelsea juga memiliki 48 mata, tetapi kurang dua perlawanan berbanding United.Rooney mencipta sejarah apabila buat pertama kali menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan di sepanjang kariernya.Perlawanan semalam menyaksikan, Rio Ferdinand kembali ke posisi tengah United, selepas tidak beraksi akibat kecederaan belakang badan, sejak pasukannya kalah 0-2 kepada Liverpool, Oktober lalu.Namun, dia jelas tidak berdepan masalah ketika pasukan tuan rumah mendominasi permainan ke atas pasukan ketiga tercorot liga, Hull.Rooney menjaringkan gol pertama pada minit kelapan, apabila menewaskan penjaga gol Hull, Boaz Myhill, dengan rembatan deras bola yang melantun, selepas sepakan Paul Scholes ditepis keluar.Rooney menambah tiga lagi gol pada 10 minit terakhir perlawanan, untuk menjadikan jaringan keseluruhannya setakat ini kepada 20 gol. – Reuters

No comments:

Post a Comment