Friday, February 12, 2010

Persediaan rapi hadapi Milan

Selepas tersingkir dalam saingan Piala FA musim ini, pengurus Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson mengambil peluang tersebut untuk membuat persiapan menjelang aksi Liga Juara -Juara Eropah, minggu depan. MU tersingkir selepas ditewaskan Leeds 1-0 pada pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford. Anak buah Ferguson akan berkunjung ke San Siro bertemu AC Milan minggu depan. Ferguson berkata, dia akan mengambil kelebihan waktu rehat seminggu dimiliki pasukannya memandangkan tiada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini kerana memberi laluan kepada saingan Piala FA minggu ini. “Dalam persiapan menghadapi kelab Eropah ini, kami mempunyai minggu rehat tanpa ada perlawanan yang berlangsung. “Pemain akan mempunyai beberapa hari masa berehat kerana mereka telah bekerja keras dan kami akan bermula kembali menjalani latihan hari ini ini,” katanya Meskipun Nani digantung tiga perlawanan namun kehilangan Ryan Gigss akan memberi kesan buat Red Devils selepas pemain tengah itu mengalami kecederaan lengannya di mana dia bakal terlepas aksi menentang Milan. Giggs terpaksa meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan ketika terikat 1-1 menentang Aston Villa selepas bertembung dengan Steve Sidwell di Villa Park, Rabu lalu.

No comments:

Post a Comment