LONDON - Juara bertahan, Manchester United mengekalkan kelebihan satu mata di tempat teratas Liga Perdana apabila menang 4-0 di Bolton, kelmarin. Kemenangan selesa itu merupakan 'jawapan sempurna' kepada kemenangan besar Chelsea yang membelasah Aston Villa 7-1 sebelum itu.United, yang beraksi tanpa Wayne Rooney, mengambil masa sehingga minit ke-38 untuk mendahului, hasil jaringan sendiri Jlloyd Samuel pada perlawanan di Stadium Reebok.Hanya pada 21 minit terakhir perlawanan, barulah United menambah gol kedua menerusi Dimitar Berbatov yang menerajui serangan kerana ketiadaan Rooney.Dia kemudiannya menjaringkan gol kedua peribadi, sebelum Darron Gibson menambah gol keempat pada minit ke-82.Penjaga gol United Edwin van der Sar, menyelamatkan percubaan merbahaya Johan Elmander dan Fabrice Muamba."Aksi tangkas Van der Sar amat menakjubkan,'' kata pengurus United, Sir Alex Ferguson. Kemenangan itu amat penting buat United, apabila mereka ketinggalan dua mata sebelum sepak mula, setelah Chelsea mencatat kemenangan besar.
United juga beraksi tanpa Rio Ferdinand dan Rooney, namun kedua-duanya cergas untuk pertembungan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, esok.Percubaan terbaik United menjelma apabila Berbatov menyambar bola silang Darren Fletcher dan sepakan voli pemain itu terkena palang dan ditepis keluar oleh penjaga gol Jussi Jaaskelainen.Jonny Evans, yang membuat kemunculan pertama sejak perlawanan akhir Piala Liga bulan lalu, melakukan percubaan tetapi terlalu tinggi selepas pertahanan Bolton gagal mengeluarkan sepakan sudut Nani.Bolton memberikan tekanan ke atas penyadang juara itu dan Nemanja Vidic berjaya menahan percubaan Tamir Cohen.Gerakan menarik Jack Wilshere, yang dipinjamkan dari Arsenal, berjaya membolosi pertahanan United apabila melakukan hantaran kepada Johan Elmander, namun percubaan pemain Sweden itu ditolak oleh van der Sar.Gary Cahill melakukan tandukan tetapi tersasar hasil sepakan bebas Lee Chung-yong. Lapan minit sebelum rehat United mendahului perlawanan.Ia bermula Samuel tidak berada di dalam tekanan untuk mengeluarkan hantaran lintang Giggs, namun usahanya menyebabkan bola melencung ke gawang sendiri. - Agensi
1992–93 Manchester United 1993–94 Manchester United 1994–95 Blackburn Rovers 1995–96 Manchester United 1996–97 Manchester United 1997–98 Arsenal 1998–99 Manchester United 1999–00 Manchester United 2000–01 Manchester United 2001–02 Arsenal 2002–03 Manchester United 2003–04 Arsenal 2004–05 Chelsea 2005–06 Chelsea 2006–07 Manchester United 2007–08 Manchester United 2008–09 Manchester United
No comments:
Post a Comment