Tuesday, March 30, 2010

Pertemuan Bayern, United pasti sengit

MUNICH - Bayern Munich dan Manchester United bakal mengharungi minggu penentuan penuh getir di tempat sendiri dan lawan, bermula dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara, esok. Selepas perlawanan pusingan pertama kejohanan kelab Eropah di Allianz Arena, kedua-dua pasukan akan menghadapi perlawanan penentuan musim bagi liga tempatan, sebelum kembali bermain di Manchester.Bagaimanapun, Bayern sedikit goyah dalam menghadapi perlawanan pertama Liga Juara-Juara, setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut di saingan Bundesliga.Dua kekalahan tersebut menyebabkan gergasi kelab Jerman itu terpaksa melepaskan kedudukan pendahulu liga.Bayern tumpas 1-2 kepada Stuttgart di gelanggang sendiri, manakala Schalke pula mencatat kemenangan 2-0 di Bayer Leverkusen.Keputusan tersebut membolehkan Schalke menerajui Bundesliga dengan kelebihan dua mata, sebelum peneraju baru tersebut menentang Bayern di Gelsenkirchen, Sabtu ini.Sementara itu, United mempunyai tonik terbaik untuk pertemuan Liga Juara-Juara esok, setelah mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Bolton pada perlawanan Liga Perdana England, baru-baru ini.

Selepas menentang Bayern, United bakal berhadapan Chelsea, Sabtu ini.

Perlawanan Sabtu ini sangat penting buat kedua-dua kelab England tersebut bagi menentukan siapakah yang mempunyai kelebihan awal untuk menjuarai menjuarai piala liga.United ketika ini menerajui Liga Perdana England dengan kelebihan satu mata.Pengurus United, Alex Ferguson telah pun merehatkan penjaring terbanyak, Wayne Rooney dan tonggak pertahanan, Rio Ferdinand bagi menghadapi perlawanan Sabtu ini.Namun begitu, bos United itu menyatakan bahawa ia adalah langkah berwaspada yang cuba dilakukannya menjelang 'minggu penting' kelab tersebut."Mereka hanya berhadapan dengan sedikit masalah kesakitan. Wayne (Rooney) mengalami lebam di kaki. Jika dia beraksi, dia pasti akan mengalami kesakitan teruk, sekali gus berkemungkinan tidak dapat diturunkan Selasa ini (hari ini)."Kami akan menempuhi minggu penting dan perlu menggunakan skuad utama dalam situasi seumpama ini."Apa yang pasti, saya tidak ragu-ragu dengan perkara tersebut secara keseluruhannya. Mereka telah melaksanakan tugas dengan sempurna dan saya akan menggunakan khidmat Rooney serta Ferdinand pada pertemuan Selasa ini," kata Ferguson. - AP

No comments:

Post a Comment