Thursday, April 1, 2010

Berbatov galas tugas Rooney
LONDON - Dimitar Berbatov menjadi sandaran utama Manchester United pada aksi penting Liga Perdana England bertemu Chelsea di Old Trafford malam esok.Penyerang Bulgaria ini bakal memikul tugas yang ditinggalkan Wayne Rooney selepas penyerang England itu terpaksa direhatkan selama sebulan.Rooney disahkan mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika United tewas 1-2 kepada Bayern Munich pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, Rabu lalu.Setakat ini, Rooney telah meledakkan 34 gol manakala Berbatov di tempat kedua dengan 12 gol selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Bolton Wanderers hujung minggu lalu.
Kini sudah tiba masa untuk Berbatov membuktikan kehebatannya, sekali gus membantu United melebarkan jurang untuk kekal berada di kedudukan teratas liga."Kami tahu Wayne (Rooney) adalah seorang pemain yang luar biasa. Dia menjaringkan satu gol ketika menentang Bayern dan memperoleh peluang untuk menyumbat beberapa gol lagi. Dia adalah seorang pemain terbaik di dunia," kata pemain pertahanan United, Nemanja Vidic."Tetapi Berbatov telah membuktikan apa yang seharusnya dilakukan di Bolton. Dia memiliki corak permainan yang hebat."Musim ini juga telah menun- jukkan kami bermain satu pasukan. Kami yakin pada diri sendiri dan yakin pada rakan- rakan yang lain."Selepas ketiadaan Michael Owen sehingga akhir musim ini kerana mengalami kecederaan, Berbatov, 29, satu-satunya penyerang yang dimiliki United.- Agensi

No comments:

Post a Comment