Friday, July 31, 2009

Ferguson terpaksa ubah taktik

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_02.htm

MANCHESTER, England - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengakui pemergian Cristiano Ronaldo ke Real Madrid memaksanya mengubah taktik kelab itu musim ini.Musim lalu Ferguson sering menggunakan tiga pemain tengah untuk memberi Ronaldo lebih banyak ruang bebas bergerak di mana sahaja. Cara itu membolehkan Ronaldo mempamerkan permainan terbaiknya sambil Ferguson mengukuhkan barisan belakang yang kebal. Ini menyaksikan Ronaldo mampu menjaringkan 60 gol dalam dua musim lalu.
Namun selepas Ronaldo dijual pada harga rekod dunia 80 juta pound (RM468.79 juta), Ferguson terpaksa mencari pemain lain untuk menggantikannya dengan mempelbagaikan gandingan di bahagian tengah dan serangan. "Memang saya akui, Cristiano adalah satu kehilangan besar dalam konteks sumbangan jaringan gol yang dilakukannya. "Namun kami tidak boleh tidak masih perlu terus mencari gol tanpanya. Jadi taktik telah diubah untuk tujuan itu dan penyokong kami boleh menyaksikan gaya berbeza yang bakal kami pamerkan musim ini," katanya dalam laman web kelab itu.
Ketika ini Ferguson banyak menggunakan Wayne Rooney sebagai penyerang tengah berbanding berlegar-legar di luar kotak penalti musim lalu. "Apa jua usaha untuk menjaringkan banyak gol musim ini, selain meletakkan sasaran 100 gol, pemain juga perlu meningkat satu tapak ke depan jika mahu muncul juara liga lagi atau berjaya di peringkat Eropah. "Seperti beberapa tahun lalu, jaminan gol mampu diperoleh menerusi Paul Scholes, Ryan Giggs dan David Beckham sekurang-kurangnya 10 biji semusim. "Namun selepas itu, jaringan daripada pemain tengah tidak lagi menjadi. Inilah yang kami akan gunakan kembali dengan meletakkan harapan kepada Park Ji-Sung, Nani, (Luis Antonio) Valencia mahu pun (Danny) Welbeck dan (Federico) Macheda untuk mencari 40 gol. "Pemain pertahanan juga mampu menyumbang gol menerusi beberapa gerakan taktikal," tegasnya. - AFP

United bida Ribery RM203 juta
LONDON - Manchester United bakal membuat tawaran £35 juta (RM203 juta) ke atas Franck Ribery Begitupun, juara Liga Perdana England itu perlu menunggu selama dua minggu sebelum melakukannya supaya syarat pelepasan Ribery dalam kontraknya bersama Bayern Munich dapat dipersetujui.Pemain sayap Perancis itu akan menerima bayaran bonus pada 14 Ogos ini yang menyaksikan dia dijangka membuat permintaan untuk dilepaskan.Sebelum ini, Bayern telah menolak tawaran daripada Real Madrid berikutan sikap angkuh mereka sehingga menimbulkan kemarahan kelab gergasi Jerman itu.
Kini Ribery menjelaskan bahawa dia hanya akan berpindah ke Old Trafford dan mahu meninggalkan Jerman.United pula percaya Ribery, 26, sudah bersedia untuk mengetengahkan Bayern, namun tidak akan melakukannya sehingga sebarang isu kewangan diselesaikan.Difahamkan, Bayern telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan United, namun dijangka meminta bayaran sekitar £50 juta (RM291 juta) sebelum melepaskan Ribery.Pengurus United, Alex Ferguson menganggap Ribery adalah calon paling sesuai untuk menggantikan tempat Cristiano Ronaldo. - Agensi
United di landasan betul - Ferdinand

Sumber :http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm

LONDON - Tonggak pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand menganggap The Red Devils kini berada di landasan yang betul.Kenyataan pemain kebangsaan England itu hadir selepas United tewas 6-7 kepada Bayern Munich dalam penentuan sepakan penalti pada final Piala Audi di Allianz Arena awal pagi semalam.United juga berdepan beberapa kesukaran sepanjang siri persahabatan pramusim di Asia sebelum ini.Namun, Ferdinand percaya pengurusnya, Alex Ferguson akan memperbetulkan beberapa kelemahan sebelum perlawanan Piala Kemasyara- katan menentang Chelsea di Wembley pada 9 Ogos ini.
"Secara fizikalnya, kami berada di landasan yang tepat untuk berada pada kedudukan yang kami mahukan di permulaan musim ini. "Kami agak keletihan kerana berehat selama beberapa hari lagi dan kemudian berusaha serta berlatih dengan keras tetapi kami berada di landasan yang betul." Sementara itu, Michael Owen sekali lagi dihimpit masalah kecederaan. Bagaimanapun, bintang baru United itu agak bernasib baik apabila terselamat daripada mengalami kecederaan serius. Owen mengalami kecederaan tersebut ekoran terjahan keras perancang Bayern, Martin Demichelis. Ketika perlawanan baru memasuki minit ke-22, penyerang The Red Devils itu cuba mengawal bola hantaran Paul Scholes sebelum diterjah Demichelis. - Agensi

Thursday, July 30, 2009

Hargreaves kena rehat lagi

Sumber :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Arena/20090730092058/Article/index_html

30/7/09
LONDON: Pemain tengah Manchester United, Owen Hargreaves akan terus berehat panjang apabila Sir Alex Ferguson memaklumkan bintang England itu masih belum pulih sepenuhnya.Hargreaves, 28, hanya membuat tiga penampilan musim lalu sebelum terpaksa menjalani pembedahan berikutan tendinitis pada kedua-dua lututnya.Pemain England itu tidak beraksi sejak September 2008 dan berharap mampu untuk turun menjalani latihan bersama juara Liga Perdana Inggeris sebagai persediaan menghadapi kejohanan pramusim di Jerman.Namun Ferguson yang sebelum ini sudah memaklumkan bahawa dia tidak akan menerima bekas pemain Bayern Munich untuk kembali beraksi sehingga September, mengakui Hargreaves tidak perlu segera beraksi.
“Hargreaves tidak akan beraksi dalam kejohanan ini,” kata Ferguson. “Kami berharap dia boleh bersama kami, namun dia masih lagi dalam program pemulihan.“Dia sudah menjalani pembedahan yang besar ke atas kedua-dua belah lututnya tetapi kami tidak akan mendesaknya untuk segera bermain.“Dia masih lagi muda untuk membuat kemunculan semula sebaik cergas sepenuhnya namun kami tidak akan mendesaknya,” katanya. -AFP

Wednesday, July 29, 2009

Amaran Ferguson

Sumber :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Arena/20090730092432/Article/index_html
30/7/09

LONDON: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengingatkan Real Madrid bahawa mengikat pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo dan Kaka boleh menggugat kestabilan pasukan.Kelab gergasi Sepanyol itu membayar sejumlah £80 juta (RM464 juta) untuk mengikat Ronaldo dari United dan mengeluarkan £60 juta lagi (RM347 juta) kepada AC Milan bagi mendapatkan Kaka.Penyerang Lyon, Karim Benzema turut berpindah ke Bernabeu tetapi Ferguson tidak begitu yakin dengan tindakan Real yang mengambil terlalu ramai pemain bertaraf bintang.“Contoh terbaik ialah insiden yang menimpa Sunderland pada 1950-an. Kelab itu membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pemain dan mereka digelar kelab bank England. Mereka tidak menang apa-apa gelaran dan akhirnya, tersingkir ke liga bawahan,” kata Ferguson kepada The Times.

“Saya tidak mengatakan Real Madrid bakal tersingkir tetapi adalah sukar untuk berjaya dan bakal berdepan masalah keseimbangan. “Saya tidak berniat untuk mengajar Manuel Pellegrini tentang cara memilih kesebelasan utama dengan barisan bintang seperti itu. Saya pernah mengingatkan Ronaldo bahawa dia akan hanya diletakkan di posisi tengah kerana kelab itu tidak mempunyai calon sesuai di posisi berkenaan.” - AFP

Man United kalahkan Boca Juniors
Sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm
30/07/2009 3:19am

MUNICH 29 Julai - Pemain baru Antonio Valencia menjaringkan gol kemenangan Manchester United 2-1 ke atas Boca Juniors 2-1 pada kejohanan bola sepak persahabatan Piala Audi di sini, pagi tadi.Pemain tengah Anderson meletakkan Manchester United mendahului menerusi sepakan bebas pada minit ke-23.
Valencia, yang menyertai United dari Wigan menjaringkan gol kemenangan United pada minit ke-42 hasil rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol Boca Juniors Roberto Abbondanzieri.Federico Insua merapatkan kedudukan untuk kelab Argentina itu pada minit ke-55. - AP
Mour wants to boss United
LONDON: Jose Mourinho admits he would love to return to England — as Alex Ferguson’s successor at Manchester United. The Special One has always claimed he would like a second spell in charge of Chelsea. But the Inter Milan coach now appears to have his sights set on a switch to Old Trafford when Fergie retires. Mourinho said: “I would consider going to Manchester United but they have to consider if they want me to succeed Ferguson. “If they do, then of course. “I like England, where the fans are very passionate and make the game a beautiful occasion with such an incredible atmosphere.” Mourinho left the Premier League two years ago after delivering two Premier League titles, two League Cups and the FA Cup during his spell at Stamford Bridge. However since the Portuguese’s controversial exit, Chelsea are now on to their fourth manager and have failed to recapture the title, while he has now won Serie A as well with Inter. “I had many conversations before Chelsea and I decided on a divorce,” he said. “It was difficult for me because we loved each other but the relationship went in one direction and it was best for everyone. “Since I left I became champion again but they have not been champions again. I keep on winning and they don’t.” — Agencies
Mourinho mahu ganti Ferguson
Sumber : Sinar Harian 29/7/09
Pengurus :Inter Milan, Jose Mourinho mengakui berminat mengambil alih kedudukan Sir Alex Ferguson di Manchester United jika pengurus itu memutuskan untuk bersara. Mourinho pernah mengemudi Chelsea menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) selama dua musim di Stamford Bridge. Kariernya bersama The Blues tamat selepas tidak mempunyai hubungan baik dengan pemilik The Blues, Roman Abramovich. ‘The Special One’ itu cemerlang di Itali selepas membantu Inter Milan menjuarai Serie A tetapi dia mahu kembali ke England dengan memimpin Red Devils pada masa depan. “Saya mempertimbangkan untuk berhijrah ke Manchester United tetapi United perlu mempertimbangkannya jika mereka mahu saya meneruskan kegemilangan Ferguson. “Jika mereka bersetuju, saya tidak akan melepaskan peluang itu. Saya menyukai England kerana peminat mereka begitu menakjubkan,” kata Mourinho. Sejak meninggalkan Chelsea, Mourinho menegaskan dia menjadi juara semula berbanding bekas kelabnya itu.
Owen mampu cipta sejarah
sumber : Kosmo 29/7/09
LONDON - Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs meramalkan rakan sepa- sukannya, Michael Owen mampu mencatat sejarah selaku penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak England. Owen ketika ini ketinggalan sembilan gol di belakang legenda Manchester United, Bobby Charlton, namun dia mula diketepikan oleh jurulatih skuad England, Fabio Capello sejak 17 bulan lalu. Begitupun, Giggs yakin perpindahan Owen ke Old Trafford akan mencerahkan semula peluangnya untuk bersama skuad England, sekali gus membuka ruang kepadanya mengatasi rekod yang dicipta Charlton sejak sekian lama. "Beraksi di sini (United) telah memberinya satu peluang baru dalam hidup terutama apabila pasukan ini banyak mencipta peluang jaringan. Dia akan bertambah yakin untuk meledakkan gol.
"Saya jamin jika dia dapat menjaringkan gol buat United, maka semuanya akan berjalan dengan baik buat dirinya. Rekod Bobby telah membuktikan yang ia bukan mudah untuk diatasi oleh seseorang pemain. "Begitupun, melihat kepada nisbah jaringan dan perlawanan Michael buat England, jika dia bermain dalam 15 lagi perlawanan, dia mungkin boleh mengatasinya." Owen, 29, telah mengumpul 40 gol dalam 89 penampilan antarabangsa, namun kali terakhir dia menjaringkan gol pada peringkat antarabangsa ialah pada 12 September 2007 ketika membantu England menewaskan Rusia, 3-0. Untuk rekod, dia kini berada di belakang Jimmy Greaves yang mengumpul sejumlah 44 gol, Gary Lineker (48) dan Charlton (49).
- Agensi

Tuesday, July 28, 2009


Tekad baru Rooney
Harian metro 28/07/09

MANCHESTER (England): Penyerang Manchester United, Wayne Rooney berkata, dia dahagakan jaringan menjelang sepak mula Liga Perdana Inggeris (EPL), 15 Ogos depan dengan skuad Red Devils menjalankan persiapan pramusim, Piala Audi di Jerman.Penggempur itu sedar bahawa tumpuan kini lebih terarah kepadanya selepas gandingan jentera serangan, Cristiano Ronaldo berhijrah ke Real Madrid dan mahu mengatasi jumlah 20 gol yang dilakukannya musim lalu.“Saya sentiasa berkata bahawa saya mahu menjaringkan lebih banyak gol berbanding musim lalu. Jadi, ia adalah sesuatu yang mahu saya buru kali ini.“Jika saya berjaya mencapainya, saya pasti amat gembira,” katanya kepada laman web kelab, www.manutd.com.
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berkata, dia 'sukar membuat pilihan' untuk menentukan pemain mengisi jentera serangan pada musim baru EPL. Pemain baru, Michael Owen meledak ketika menentang Hangzhou untuk menambah dua jaringannya di Malaysia.Ferguson, yang memburu empat trofi EPL berturut-turut, menggandingkan Owen dengan Dimitar Berbatov dalam kesebelasan utama buat julung kali di China dan kedua-duanya meledak pada babak pertama.“Kami tidak menggunakan Macheda tapi, saya fikir ia membuatkan pilihan menjadi sukar.“Saya fikir bahawa peningkatan prestasi Macheda seperti yang kita lihat sesuatu yang baik untuk pemain berusia 17 tahun itu dan dia memiliki kelebihan fizikal untuk bersaing,” katanya.Dengan pengalaman Berbatov dan Owen serta bakat Rooney, Ferguson seharusnya berasa gembira.“Saya fikir kami tidak begitu teruk.“Persembahan beberapa penyerang kami ternyata berada di kelas pertama. Jadi, atas alasan itu saya seharusnya gembira,” kata Ferguson selepas menyaksikan bintang veteran, Ryan Giggs mencatat hatrik. - AFP
MU hampir menerima kejutan
Kosmo 26/07/09

SEOUL - Manchester United bangkit pada separuh masa kedua untuk menewaskan kelab Korea Selatan, FC Seoul 3-2 pada aksi ketiga Jelajah Asia mereka di Stadium Piala Dunia Seoul malam tadi. Beraksi di hadapan 80,000 penonton, FC Seoul mengejutkan United dengan gol pertama pada minit ke-23 menerusi sepakan voli penyerang import dari Montenegro, Dejan Damjanovic.
Wayne Rooney bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 selepas dia berjaya menanduk masuk bola hantaran lintang John O'Shea. Ketika perlawanan hampir menuju ke wisel penamat separuh masa pertama, FC Seoul berjaya memperoleh gol kedua mereka menerusi Damjanovic. Ketinggalan 1-2, Alex Ferguson memulakan babak kedua dengan memasukkkan Edwin van der Sar dan Darron Gibson bagi menggantikan Tomasz Kuszczak dan Darren Flet- cher. Gol penyamaan United hadir pada minit ke-59 selepas Federico Mache- da bijak menyempurnakan hantaran daripada Rooney. Bagi menambah sengat di barisan serangan, United membawa masuk pula Paul Scholes, Dimitar Berbatov dan Michael Owen bagi menggantikan Macheda, Ryan Giggs dan Rooney.
Hasilnya United berjaya memperoleh gol ketiga pada minit ke-67 menerusi jaringan Berbatov yang menanduk masuk bola hantaran lintang daripada Gibson. Suasana stadium akhirnya bergema apabila Ferguson membawa masuk pemain pujaan Korea Selatan, Park Ji-sung pada minit ke-73 tetapi kedudukan 3-2 kekal sehingga wisel penamat. Ini merupakan kemenangan ketiga United selepas mereka menewaskan Malaysia 3-2 dan 2-0 di Kuala Lumpur pada dua aksi sulung jelajah pramusim mereka pada 18 dan 20 Julai lalu. - Agensi

United menang besar
Utusan Malaysia 27/07/09

HANGZHOU, China - Michael Owen menjaringkan dua gol manakala Ryan Giggs melakukan hatrik ketika membantu juara Liga Perdana Engalnd, Manchester United menang besar 8-2 ke atas Hangzhou Greentown pada perlawanan persahabatan terakhir Siri Jelajah Asia mereka di sini, semalam.Selain dua pemain itu, turut menyumbang jaringan pada perlawanan menentang kelab pertengahan Liga Super China itu adalah Dimitar Berbartov, Zoran Tosic dan Nani.Owen yang baru menyertai United secara percuma dari Newcastle awal bulan ini paling menonjol kerana semakin menunjukkan keserasian walaupun digantikan Wayne Rooney di babak kedua. Owen setakat ini sudah menjaringkan empat gol sepanjang Jelajah Asia ini termasuk ketika menewaskan Malaysia sebelum ini.
Bagaimanapun ketika menewaskan FC Seoul 3-2, 48 jam lalu, Owen tidak menjaringkan gol tetapi pantas meletakkan United dua gol di depan dalam masa dua minit ketika menentang Hangzhou semalam.Gerakan menariknya pada minit ke-23 diikuti gol kedua ketika perlawanan memasuki setengah jam cukup untuk memusnahkan harapan tuan rumah dalam melakukan kejutan.Berbatov juga semakin mempamerkan gandingan mantap dengan Owen di samping tidak kehilangan sentuhan jaringannya.Cuma perlawanan semalam, United gagal menyekat Hangzhou daripada menjaringkan gol apabila dua kali bolos.
Gol pertama tuan rumah dijaringkan Wang Hongyou menerusi tandukan selepas menyambut sepakan sudut 13 minit sebelum permainan tamat.Satu lagi gol Hangzhou dijaringkan selepas Giggs melengkapkan hatriknya. Ia dijaringkan Valdo pada minit-minit terakhir permainan.Perlawanan semalam mengakhiri Siri Jelajah Asia United yang selepas ini akan menyertai Piala Audi di Jerman - kejohanan yang disertai empat kelab ternama dunia. - Reuters
SeLaMaT DaTanG Ke MUFC BLOg