MOSCOW: Manchester United kembali ke gelanggang yang menyaksikan mereka muncul sebagai pemenang dalam aksi final Liga Juara-Juara 2008 ke atas Chelsea dan kali ini mencari kemenangan ke atas CSKA Moscow, sekali gus memastikan laluannya ke peringkat kalah mati. Di sebalik persembahan tidak menentu dalam Liga Perdana musim ini, juara Inggeris itu tampak selesa dalam pentas Eropah setakat ini, merekodkan kemenangan ke atas Besiktas, di Turki, dan juara Jerman, Wolfsburg di Old Trafford. Tiga mata di Stadium Luzhniki akan meletakkan skuad Sir Alex Ferguson dalam penguasaan penuh Kumpulan B. Sejarah, bagaimanapun, mencadangkan ia bukannya pertarungan mudah. United tidak pernah menang di Russia manakala CSKA, kini diuruskan bekas jurulatih Sevilla, Tottenham dan Real Madrid, Juande Ramos, sudah memenangi empat perlawanan Eropah terakhirnya di tempat sendiri. CSKA tidak begitu cemerlang ketika seri 1-1 menentang kelab kerdil Nalchik dalam Liga Russia minggu lalu dan akan kehilangan Marc Gonzalez, yang mengalami kecederaan pergelangan kaki yang serius ketika beraksi untuk Chile minggu lalu, manakala kedudukan penyerang Brazil, Guilherme juga dalam keraguan.
Ketiadaan pemain United lebih besar dengan Wayne Rooney, masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan betis, dan Ryan Giggs, yang begitu cemerlang musim ini, kedua-duanya ditinggalkan dalam usaha memastikan mereka mendapat rehat secukupnya bagi pertarungan Liga Perdana, menentang Liverpool di Anfield, Ahad ini. Pemain tengah Korea Selatan, Park Ji-sung, kapten Scotland, Darren Fletcher dan bek kiri Perancis, Patrice Evra juga tidak dapat beraksi akibat kecederaan. Tetapi Ferguson mendapat semula Nemanja Vidic , bekas pemain musuh ketat CSKA, Spartak Moscow, kembali daripada kecederaan dan mungkin menggabungkan bek tengah Serbia itu bersama Jonny Evans yang menggantikan Rio Ferdinand. - AFP

No comments:
Post a Comment