Saturday, February 6, 2010

MU bakal terajui liga


MANCHESTER United merehatkan Wayne Rooney hari ini, untuk menghadapi perlawanan penting menentang Aston Villa pertengahan minggu ini. – AFP


MANCHESTER – Impian Sir Alex Ferguson untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana England kali keempat, bertembung dengan keazaman David James untuk beraksi pada Piala Dunia 2010 apabila Manchester United menentang Portsmouth, hari ini.Tiga mata ke atas pasukan tercorot liga, bakal menjulang semula United ke tangga teratas liga, sekali gus memberi tekanan ke atas Chelsea yang akan bertembung Arsenal, esok.Bagi Portsmouth, perlawanan hari ini penting setelah kelab itu terdesak meraih mata, untuk mereka kekal dalam Liga Perdana.Masa juga semakin suntuk buat James, yang mengetepikan sambungan kontrak di Portsmouth, untuk membantu meredakan masalah kewangan kelab, selain memastikan dia dapat bermain sebanyak mungkin untuk memburu tempat ke Piala Dunia.

James, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Stoke City ketika pasaran perpindahan pemain bulan lalu, berhak untuk lanjutan 12 bulan kontrak baru di Fratton Park, jika dia beraksi dalam 25 perlawanan musim ini.Bagaimanapun, dengan hanya 14 perlawanan yang telah dilaluinya, pemain berusia 39 tahun itu bersetuju supaya peruntukkan tersebut digugurkan daripada kontraknya, berikutan kebimbangan dia mungkin tersisih jika mencetuskan ketegangan mengenai pelanjutan kontrak.James menjadi pilihan kedua di belakang pemain West Ham, Robert Green dalam skuad England, dia dia menyedari kekerapan beraksi, serta tidak dibolosi pada perlawanan seperti di Old Trafford, satu-satunya cara untuk dia meraih semula posisi sebagai pilihan utama pasukan kebangsaan.

Menjelaskan mengenai peralihan kontraknya, James berkata: “Sudah tentu ia menjadi isu, di luar musim perpindahan.‘‘Duduk di kerusi simpanantidak memberikan apa-apa peluang untuk saya membantu Porstmouth bertahan, atau cuba mendapatkan kedudukan dalam skuad England di Piala Dunia.“Peraturan Liga Perdana membenarkan kami untuk mengadakan perbincangan selepas musim perpindahan pemain.‘‘Kami akan menyelesaikannya kerana saya tidak mahu kelab risau tentangnya, begitu juga kerisauan saya pada diri sendiri.”Masalah kewangan Portsmouth teruk sejak bulan lalu, apabila penjaga gol Bosnia, Asmir Begovic dan pemain pertahanan, Younes Kaboul dijual, untuk mengurangkan hutang, walaupun ia bertentangan dengan kehendak pengurus, Avram Grant.Bekas bos Chelsea hampir meletak jawatan, namun dia memilih kekal di di Fratton Park.

“Kami sedang melalui waktu yang sukar di dalam padang, tetapi saya begitu berbangga dengan pemain. Saya fikir jika segalanya tenang sedikit, keputusan akan bertambah baik,” katanya.Di atas kertas, United diramal mencatat kemenangan selesa, selepas mengalahkan Arsenal 3-1 di Stadium Emirates pada pertemuan terakhir mereka.Wayne Rooney menjadi perancangan kemenangan tersebut.Namun, memandangkan United akan berdepan Aston Villa pada pertengahan minggu ini, penyerang England itu mungkin akan direhatkan hari ini.Ketika di usia 68 tahun, ‘selera’ Ferguson terhadap perlawanan bola sepak tidak menunjukkan tanda menurun, namun dia mendedahkan pernah hampir berputus asa, kerana kariernya sebagai pemain tidak menjadi.Pada tahun 1960, Ferguson hampir berhijrah ke Kanada selepas bergelut untuk mendapatkan tempat dalam pasukan di St. Johnstone, namun mengubah niatnya selepas dimarahi oleh ibunya.“Ketika itu saya hanyalah pemain sambilan, menentang Airdrie, dan cedera di kening, pipi dan hidung sehinga terpaksa berehat beberapa bulan.“Selepas pulih dari kecederaan, saya bermain untuk tiga perlawanan.‘‘Kami kalah, 8-1, 7-0 dan 9-2. Saya berkata “sampai di sini saja...cukuplah. Saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kanada.“Pada hari Jumaat, teman wanita abang saya telefon pengurus saya di St. Johnstone dan berkata padanya, saya mengidap selesema. ‘‘Ketika saya sampai di rumah, ibu memarahi saya.“Katanya, ‘Saya telah mendapat telegram daripada pengurus kamu, pergi ke pondok telefon dan hubunginya’. Pengurus itu pula berkata ‘datang ke Hotel Bath esok, dan kita akan menentang Rangers’. – AFP

No comments:

Post a Comment