Saturday, February 6, 2010

United rampas takhta

ROONEY (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukannya pada aksi liga di Old Trafford awal pagi tadi.


MANCHESTER United kembali mengungguli carta Liga Perdana England selepas mencipta kemenangan 5-0 ke atas kelab bermasalah, Portsmouth di Old Trafford awal pagi tadi.Wayne Rooney membuka tirai jaringan United pada minit ke-40 selepas menyudahkan hantaran lintang Darren Fletcher.United memperoleh gol kedua selepas pemain pertahanan Portsmouth, Anthony Vanden Borre menjaringkan gol sendiri pada minit-minit terakhir babak pertama.United sekali lagi mendapat tuah apabila memperoleh gol ketiga hasil jaringan pemain lawan, Richard Hughes pada minit ke-59 sebelum Dimitar Berbatov menjaringkan gol keempat tiga minit kemudian.United menutup aksi penuh bergaya dengan gol kelima apabila pemain Portsmouth, Marc Wilson menjaringkan gol sendiri pada minit ke-69.Dengan kemenangan itu, United mengumpul 56 mata, satu mata di hadapan pencabar terdekatnya, Chelsea yang akan menentang Arsenal di Stamford Bridge malam ini.

Terdahulu, Liverpool meneruskan momentum kemenangan apabila menewaskan jiran setempat, Everton 1-0, sekali gus menyaksikan skuad kendalian Rafael Benitez itu mencipta lima kemenangan berturut-turut dalam saingan liga di Anfield.Dirk Kuyt muncul wira skuad The Reds apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-55.Sementara itu, Bolton Wanderers seri tanpa jaringan dengan Fulham, Burnley menewaskan West Ham 2-1 sementara Manchester City tewas 1-2 kepada Hull City.Stoke City pula membelasah Blackburn 3-0 manakala Sunderland seri 1-1 dengan Wigan Athletic. - Agensi

No comments:

Post a Comment