Thursday, March 11, 2010

Ferguson cabar Rooney sumbat gol

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Fergu- son melemparkan cabaran kepada Wayne Rooney untuk mengatasi rekod jaringan Cristiano Ronaldo.Dua jaringan Rooney di Old Trafford awal pagi semalam menyaksikan United membelasah AC Milan 4-0 pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara.Ia menjadikan jumlah jaringan Rooney musim ini meningkat kepada 30 gol, hanya kurang 12 gol lagi untuk menyamai jumlah 42 jaringan yang dilakukan Ronaldo ketika membawa United menjulang trofi berprestij Eropah itu pada musim 2007/08"Ia merupakan satu cabaran. Saya gembira Rooney berjaya mencapai 30 gol tetapi secara jujurnya, dia hanya perlu mene- ruskan peningkatan," kata Ferguson.

Dalam pada itu, Ferguson berkata, beliau tidak memikirkan pasukan mana akan mereka hadapi pada suku akhir nanti."Pada perlawanan ini, kami telah melakukan persembahan yang cukup mengagumkan pada separuh masa kedua. "Kami bermula dengan gol awal sebaik permainan bersambung dan ia telah memudahkan tugas kami mematikan semangat lawan."Apabila kami berjaya meneruskan rentak permainan yang baik selepas itu, pasukan lawan pasti sukar untuk menandinginya. Ia persembahan terbaik kami."Dengan barisan pemain yang saya ada ini, saya tak kisah siapa yang akan menanti kami pada pusingan seterusnya nanti," jelas Ferguson penuh yakin.Pada aksi semalam, Rooney membuka tirai jaringan United apabila menanduk masuk hanta- ran lintang Gary Neville pada minit ke-13.

Hanya selepas seminit babak kedua bermula, Rooney meledak gol kedua apabila menerima lorongan cantik Nani sebelum Bec- kham masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-64.Bagaimanapun, United terus garang dengan gol ketiga mene- rusi Park Ji-sung pada minit ke- 59 dan tandukan Darren Flet- cher minit ke-87 memastikan kemenangan 4-0. - Agensi

Wednesday, March 10, 2010

Becks lawan Rooney di Old Trafford

David Beckham shakes hands with former Manchester United's team mates before their UEFA Champions League match

MILAN: Pemain tengah AC Milan, David Beckham kembali ke Old Trafford, hari ini - kali pertama sejak tujuh tahun - dan menjangka akan berdepan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.Rooney - penyerang yang berada pada puncak prestasi buat England dan menjaringkan dua gol ketika menewaskan lawan 3-2 dalam timbal balik pertama untuk United kini diragui bagi pertemuan peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah berikutan masalah kecederaan lutut. "Saya pasti Rooney akan bermain. Saya rasa dia mengalami masalah sejak beberapa hari kebelakangan ini, tetapi dia mempunyai masa hujung minggu sepenuhnya untuk pulih," kata bekas pemain United, Beckham kepada stesen tv Milan, kelmarin. "Dia adalah pemain yang bagus dan sudah pasti mahu menyertai perlawanan itu. Alex Ferguson pastinya akan menggunakan formasi terbaik."
Bekas kapten England, Beckham, 34, menang Liga Juara-Juara 1999 ketika bersama United sebelum berhijrah ke Real Madrid pada 2003."Alex Ferguson memberikan banyak nasihat kepada pemain dan dia adalah antara jurulatih bola sepak terbaik. Dia melindungi pemainnya dan menjelaskan kepada saya jika saya melakukan kesilapan," kata Beckham.Beckham yang beraksi dalam perlawanan pertama, tidak pasti diturunkan hari ini kerana Alexandre Pato, Clarence Seedorf dan Gennaro Gattuso kesemuanya cergas untuk diturunkan. - Reuters

Monday, March 8, 2010

United gelabah Rooney cedera

LONDON - Wayne Rooney kini menjadi masalah besar menjelang persiapan Manchester United menentang AC Milan dalam Liga Juara-Juara, kata pengurus Alex Ferguson, kelmarin.

Rooney terlepas permainan ketika United menang tipis 1-0 ke atas Wolves, kelmarin selepas mendapat kecederaan lutut semasa bermain selama 90 minit mewakili England menentang Mesir dalam aksi persahabatan minggu lalu.''Kedudukan Rooney tidak dapat dipastikan menjelang aksi menentang Milan. Kami tidak bernasib baik kerana padang Wembley telah 'membunuhnya' (Rooney),'' tegas Ferguson.Kemarahan Ferguson terhadap penyerang United itu memuncak kerana dipaksa bermain selama 90 minit dalam aksi persahabatan tersebut, tiga hari selepas dia Rooney menjaringkan gol kemenangan pasukannya dalam perlawanan akhir Piala Liga.''Musibah yang menimpanya (Rooney) adalah disebabkan sikap teruja yang melampau. Masalah dia ialah dia tidak tahu mengawal diri,'' kata Ferguson tentang Rooney yang telah menjaringkan 23 gol dalam liga pada musim ini.United menang 3-2 dalam pertemuan pertama kalah mati di San Siro, tetapi ketiadaan Rooney pada perlawanan Rabu ini mungkin mengubah keadaan apatah lagi ketiadaan Michael Owen.Menurut Ferguson, beliau tidak menolak kemungkinan untuk membariskan Dimitar Berbatov dalam senarai kesebelasan utama.''Saya agak kagum dengan permainan Berbatov ketika menentang Wolves dan dia mungkin akan disenaraikan dalam kesebelasan utama pada perlawanan Rabu ini,'' ujar Ferguson. - Reuters

Scholes angkat United

LONDON: Pemain tengah veteran, Paul Scholes menjaringkan gol peribadi ke-100 dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika membantu juara bertahan, Manchester United merampas semula status pendahulu liga daripada Chelsea selepas menang tipis 1-0 ke atas, Wolves kelmarin. Scholes menemui sasaran penting di Stadium Molineux minit ke-73 apabila dia menjadi pemain pertama bertindak balas terhadap hantaran lintang Nani yang terkena Christophe Berra. Pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson menghamburkan kata-kata pujian kepada dengan berkata: “Dia adalah hebat. Seratus jaringan liga daripada pemain tengah dalam EPL adalah menakjubkan. Dia adalah pemain hebat.

“Cara kami meletakkannya sejak kebelakangan ini, apabila dia duduk lebih dalam, mungkin menghilangkan ancamannya ke pintu gol yang selalu ditunjukkannya sebagai pemain muda. “Tetapi peluang hadir buatnya hari ini (semalam) dan dia adalah pemain terbaik untuk diberi kesempatan itu.” Kemenangan itu membolehkan United membuka jurang dua mata ke atas dua pencabar mereka - Chelsea dan Arsenal sungguh pun Sam Vokes seharusnya menyamakan kedudukan buat Wolves yang diancam bahaya tetapi merembat tinggi melepasi palang.Chelsea yang berdepan Stoke dalam suku akhir Piala FA, semalam memiliki satu perlawanan dalam tangan ke atas saingan mereka. - AFP

Monday, March 1, 2010

'Saya sudah jangka Rooney'
ROONEY mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan akhir Piala Liga menentang Aston Villa malam kelmarin dengan menjaringkan gol kemenangan United.

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyatakan yang dia memang sudah menjangka Wayne Rooney akan menjaringkan gol kemenangan untuk membolehkan United menjulang trofi Piala Liga (Carling Cup) di Stadium Wembley malam kelmarin.Rooney masuk sebagai pemain gantian dan menanduk masuk gol kedua United pada minit ke-74 untuk mengatasi Aston Villa 2-1.Villa mendahului United seawal minit keempat menerusi sepakan penalti James Milner selepas Nemanja Vidic menjatuhkan Gabriel Agbonlahor sebelum Michael Owen menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian."Kami bermula teruk pada perlawanan ini. Sepakan penalti yang diberi itu, saya rasa ia memang keputusan yang tepat."Tapi kami bangkit dan Owen menampilkan kualitinya. Malangnya dia mengalami kecederaan hamstring selepas itu dan Rooney pula masuk untuk menjaringkan gol kedua."Tentang prestasi Rooney, ia memang sudah dijangka. Terdapat banyak lagi perlawanan penting menanti dan kejayaan ini pastinya memberi lonjakan semangat kepada kami," kata Ferguson.

Sementara itu, Vidic berasakan pengadil perlawanan, Phil Dowd telah membuat keputusan terbaik untuk tidak melayangkan kad merah atas kekarasan yang dilakukannya terhadap Agbonlahor pada awal perlawanan itu."Saya tak rasa ia kad merah kerana saya berada di depannya, bukan belakang. Jika saya di belakang Agbonlahor, memang wajar kad merah diberikan kepada saya."Sememangnya sesuatu yang manis apabila memenangi perlawanan penting seperti ini. Tapi ia perlu hadir bersama usaha keras. Saya rasa kami memang layak menang," kata Vidic. - AFP

FINAL CARLING CUP 2010

Lucky escape for Nemanja Vidic baffles Aston Villa

Aston Villa 1 Manchester United 2: Carling Cup final match report

Michael Owen looks to Carling Cup to break a barren run of success : Michael Owen

Michael Owen only focused on Manchester United career - not England future

Man United ungguli Piala Liga


ROONEY merai jaringannya bersama rakan sepasukan United ketika menentang Aston Villa dalam saingan final Piala Liga di Stadium Wembley, malam tadi.
Gol Owen, Rooney lebur impian Aston Villa raih gelaran utama sejak 1996

LONDON: Bintang England, Wayne Rooney membantu Manchester United gah menjulang mahkota kejuaraan Piala Liga selepas tandukan tajamnya pada lewat babak kedua mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa dalam perlawanan akhir, awal pagi tadi. Bagi Villa ia satu lagi detik hampa apabila hadir mahu memburu gelaran utama sejak 1996 - kebetulan apabila mereka menjuarai kejohanan ini 14 tahun lalu. Apapun, Villa membuat kejutan apabila mendahului seawal minit ke-5 menerusi sepakan penalti disempurnakan James Milner. Tersentak, United bangkit mengemaskan permainan dan selang enam minit kemudian usaha gigih sepasukan membutirkan hasil apabila Michael Owen tampil menyamakan kedudukan. Selepas rehat, permainan kembali seimbang dan Villa turut mengancam mencari gol pendahuluan, cuma penyudahan kedua-dua pihak menggagalkan usaha mencari gol tambahan. Namun, Rooney membuat United kembali ceria apabila penyerang England itu menanduk masuk gol minit ke-74 buat meneruskan kepakarannya menggunakan kepala mendapatkan gol untuk pasukan. - Agensi