Monday, December 14, 2009

Ferguson yakin Owen berpeluang ke Piala Dunia
LONDON: Michael Owen masih mempunyai peluang untuk mendapat tempat dalam skuad England ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.Sir Alex Ferguson melahirkan pandangan ini selepas Owen mula mengembalikan persembahan terbaiknya bersama United dan ini dijangka menarik perhatian jurulatih England, Fabio Capello.Owen telah menjaringkan 40 gol dalam 89 penampilan untuk England tetapi Capello masih belum yakin akan kewajaran bagi menyertakan penyerang itu ke dalam skuadnya.Jurulatih dari Italy itu mendakwa bahawa Owen masih boleh bersaing bagi merebut tempat tetapi selepas tidak dipilih dalam skuad yang lemah dalam perlawanan persahabatan dengan Brazil di Qatar bulan lalu, Owen kelihatan masih jauh untuk mendapatkan tempat.
Bagaimanapun, Owen telah menjaringkan hat-trick ke atas juara Jerman, Wolfsburg, dalam Liga Juara-Juara Rabu lalu dan meskipun belum menjadi pemain kesebelasan utama United, Ferguson percaya pemain itu mungkin dipilih dalam skuad England ke Afrika Selatan nanti.
'Michael masih mempunyai peluang,' kata bos United itu kepada akhbar The Mail kelmarin. 'Anda tidak boleh menolak rekodnya yang cemerlang bersama England.'Fabio telah menyatakan pendiriannya tetapi prestasinya (Owen) akan menjadi penentu. Ada antara pengkritik berkata beliau tidak cukup bermain tetapi saya fikir ia mencukupi.'Beliau tidak akan bermain setiap minggu untuk saya tetapi beliau wajar ditimbangkan berdasarkan sumbangan yang dapat diberikan kepada pasukan England.Saya yakin Fabio akan menimbangkannya dengan cara yang wajar. Beliau bermain begitu cemerlang pada pertengahan minggu lalu apabila diberi peluang.'Sementara itu, terdapat juga keraguan mengenai kedudukan dua pemain pertahanan United, Rio Ferdinand dan Wes Brown, tetapi Ferguson yakin mereka akan disertakan jika tiada sebarang kecederaan.'Jika Rio cergas, beliau akan dipilih dan saya dapat bayangkan Wes Brown juga akan disertakan,' tambahnya. -- Soccernet.

No comments:

Post a Comment