Monday, December 14, 2009

Wolves tetap hormati MU

LONDON - Pengurus Wolves, Mick McCarthy (gambar) mahu para pemainnya berpijak di bumi nyata apabila turun menghadapi Manchester United di Old Trafford awal pagi esok.Wolves telah mempamerkan kecemerlangan apabila menang dua perlawanan terakhir mereka dengan menewaskan Bolton 2-1 dan Tottenham 1-0 Sabtu lalu."Ia pencapaian yang membanggakan dengan memperoleh enam mata daripada dua perlawanan. "Tetapi saya tidak mahu mula berasa ghairah kerana kami boleh menerima tamparan dengan mudah apabila berdepan United.
"Kami kena sedar, kami masih bergelut untuk menyelamatkan diri daripada zon penyingkiran dan kami sedang berusaha untuk mengatasinya."Jadi kami tidak boleh mendabik dada sehinggalah kami berjaya mencapai kedudukan pertengahan dalam liga," kata McCarthy.Bagaimanapun, McCarthy tetap mengharamkan kejutan daripada anak-anak buahnya seperti mana yang dilakukan Aston Villa ketika menewaskan United 1-0 di Old Trafford, Sabtu lalu."Tiada apa yang mustahil dalam bola sepak dan semangat pemain-pemain pasukan ini pasti membara apabila berdepan United," tambahnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment