MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson telah menyemarakkan lagi api permusuhan dengan pengendali Liverpool, Rafael Benitez.Ferguson dikatakan masih lagi tidak dapat melupakan kekalahan 1-4 United kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana England musim lalu.Disebabkan itu, Ferguson menganggap pertemuan menentang Liverpool di Old Trafford malam ini sebagai medan terbaik untuk menebus kembali maruah skuad The Red Devils.Musim ini dianggap cukup malang buat Liverpool apabila skuad The Reds itu menampilkan aksi tidak konsisten sehingga menyaksikan mereka kini menduduki tangga kelima liga.
"Musim ini adalah luar biasa. Saya menjangkakan agak sukar bagi Liverpool untuk kembali bangkit. Itu hanya pandangan saya."Mereka telah beraksi dengan begitu baik sekali tetapi mungkin ada beberapa perkara yang boleh dianggap sebagai punca mengapa mereka tidak bernasib baik musim ini."Ramai yang menjangkakan Liverpool akan bertambah kuat musim ini tetapi kini mereka sekadar bersaing untuk menduduki tempat keempat liga. Persaingan kejuaraan liga hanya di antara United, Chelsea dan Arsenal sahaja," jelas Ferguson.Sementara itu, kapten Liverpool, Steven Gerrard memberi amaran kepada United bahawa kebangkitan serta prestasi yang dipamerkan penyerang sensasi mereka, Fernando Torres bakal menjadi pemusnah kepada impian The Red Devils."Masih ada banyak lagi yang akan ditunjukkan Torres pada masa akan datang selagi dia menyarung jersi Liverpool."Torres telah berehat panjang disebabkan kecederaan yang dialaminya dan dia masih memerlukan sedikit lagi masa untuk kembali ke tahap prestasi asalnya."Jika kami boleh memastikan yang dia sentiasa dalam keadaan cergas, saya yakin kami pasti akan mencapai matlamat yang diingini," kata Gerrard. - AFP
No comments:
Post a Comment