Tuesday, October 27, 2009

Ferguson yakin United bangkit

LIVERPOOL: Sir Alex Ferguson memberi amaran kepada pencabar Manchester United dalam kancah Liga Perdana Inggeris bahawa kekalahan 2-0 pasukannya kepada Liverpool, akan hanya memperkuatkan tekad mereka mempertahankan mahkota kejuaraan. United kelihatan hambar ketika gol babak kedua melalui Fernando Torres dan David Ngog di Anfield, kelmarin menyaksikan juara bertahan itu mengalami kekalahan pertamanya dalam 12 perlawanan. Ferguson terpaksa mengakui permainan didominasi Liverpool tetapi pengurus United percaya kekecewaan dalam keputusan itu yang membolehkan Chelsea mendahului dua mata di tangga teratas liga, akan terbukti menjadi rangsangan bagi rentetan kemenangan. Ketika sebarang kekalahan menentang pasukan yang paling dibenci United akan sentiasa mengganggu fikiran Ferguson, jurulatih berbangsa Scotland itu tahu skuadnya dikalahkan dua kali olah anak buah Rafa Benitez musim lalu tetapi masih menamatkan kempen selaku juara. Mereka bangkit daripada kekalahan 4-1 kepada Reds di Old Trafford Mac lalu dengan meluru ke garisan penamat dalam saingan kejuaraan dan Ferguson menjangkakan perkara sama daripada pasukannya kali ini.
“Kami sentiasa bertindak balas. Itu perkara penting mengenai kelab kami,” kata Ferguson. “Mereka sentiasa terpaksa melakukannya. Ia bukan sesuatu yang aneh buat kami. Pada beberapa ketika dalam musim, anda akan berasa kecewa. “Tahun lalu, kami kalah 4-1 di tempat sendiri kepada Liverpool, bangkit daripadanya dan memenangi liga selepas itu dan ia cabaran kami ketika ini.” Selepas rentetan empat kekalahan, Liverpool tahu satu lagi kekalahan akan menamatkan harapan kejuaraan liga, maka tidak mengejutkan apabila Javier Mascherano, Fabio Aurelio dan Lucas mengasak lawan dengan bentesan keras. Torres membuka jaringan pada minit ke-65 apabila berjaya mengatasi asakan Rio Ferdinand dan menyudahkannya dengan rembatan kencang. Hari malang buat United menjadi bertambah buruk apabila pertahanan Serbia, Nemanja Vidic, yang sudahpun dilayangkan kad kuning, dibuang padang bagi kesalahan profesional ke atas Dirk Kuyt - kad merah ketiganya berturut-turut menentang Liverpool. - AFP

Wednesday, October 21, 2009

Owen sedia berdepan 'The Kop'

Penyerang Manchester United, Michael Owen berkata, dia menerima dan bersedia berdepan sambutan dingin peminat Liverpool apabila bertandang ke Anfield, hujung minggu ini. The Reds adalah kelab pertama bagi Owen ketika memulakan karier profesionalnya. Dia berada di Anfield selama lapan tahun (1996- 2004) sebelum berhijrah ke Real Madrid (2004-2005) dan Newcastle United (2005-2009). Kariernya yang dilihat semakin tenggelam kembali bercahaya apabila pengurus United, Sir Alex Ferguson memujuknya ke Old Trafford. Owen sedar perpindahannya ke kubu musuh bekas kelabnya tidak akan dapat dimaafkan oleh penyokong di Anfield, tetapi bekas bintang Liverpool ini tidak akan menjadikannya alasan untuk berlaku tidak jujur. Menurutnya, dia merancang untuk meraikan kejayaan seperti biasa jika berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan berkenaan. “Saya hanya manusia biasa. Saya lebih suka penonton duduk dan mengakui apa yang anda lakukan untuk pasukan di masa lalu. Saya cukup realistik dan sekarang bermain untuk seteru mereka," katanya.
United buru tiket kalah mati
ROONEY tidak dapat beraksi menentang CSKA Moscow awal pagi esok ekoran masalah kecederaan.

MOSCOW - Manchester United akan kembali ke gelanggang yang menyaksikan mereka menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti pada final Liga Juara-Juara 2008 awal pagi esok. Kali ini, sasaran United ialah untuk menundukkan CSKA Moscow, sekali gus bakal mengesahkan tempat mereka ke saingan kalah mati. Biarpun United mempamerkan aksi tidak menentu dalam saingan Liga Perdana England musim ini tetapi mereka telah pun mencatat kemenangan ke atas Besiktas di Turki dan Wolfsburg di Old Trafford pada saingan Liga Juara-Juara. Seandainya berjaya mengutip tiga lagi mata penuh di Stadium Luzhniki awal pagi esok, ia bakal meletakkan skuad Alex Ferguson itu selesa menguasai Kumpulan B.
Namun, sejarah menunjukkan bahawa ia bukan tugas mudah buat United kerana mereka tidak pernah menang di Rusia mana- kala CSKA pula yang kini dibimbing Juande Ramos telah menang kesemua enam perlawanan Eropah di tempat sendiri. CSKA bagaimanapun sekadar seri 1-1 dengan Nalchik pada aksi Liga Rusia hujung minggu lalu dan bakal turun tanpa Marc Gonzalez dan penyerang Brazil, Guilherme yang cedera. United turut dilanda masalah kecederaan dengan Wayne Rooney dan Ryan Giggs tidak dibawa ke Moscow untuk memastikan mereka cergas apabila United bertemu Liverpool di Anfield pada aksi liga Ahad ini. Turut tidak ke Moscow ialah pemain sayap United, Park Ji- sung, Darren Fletcher dan Pat- rice Evra yang juga mengalami kecederaan. Nemanja Vidic yang kembali pulih daripada kecederaan dijangka bakal bergandingan dengan Jonny Evans di barisan pertahanan United memandangkan Rio Ferdinand kini pada prestasi tidak menentu.
"Musim lalu adalah musim yang memuaskan tetapi saya bermain secara lebih selamat dan cuba memastikan tidak melakukan kesilapan. "Jadi, musim ini saya perlu cuba untuk mendapatkan bola dan mempamerkan aksi sebenar saya. "Bukan bermakna saya mahu memegang bola lebih lama tetapi saya cuba untuk beraksi lebih yakin dan menguasai posisi ini," kata Evans. - AFP
MU harap Vidic, Evans jadi penyelamat
MOSCOW: Manchester United kembali ke gelanggang yang menyaksikan mereka muncul sebagai pemenang dalam aksi final Liga Juara-Juara 2008 ke atas Chelsea dan kali ini mencari kemenangan ke atas CSKA Moscow, sekali gus memastikan laluannya ke peringkat kalah mati. Di sebalik persembahan tidak menentu dalam Liga Perdana musim ini, juara Inggeris itu tampak selesa dalam pentas Eropah setakat ini, merekodkan kemenangan ke atas Besiktas, di Turki, dan juara Jerman, Wolfsburg di Old Trafford. Tiga mata di Stadium Luzhniki akan meletakkan skuad Sir Alex Ferguson dalam penguasaan penuh Kumpulan B. Sejarah, bagaimanapun, mencadangkan ia bukannya pertarungan mudah. United tidak pernah menang di Russia manakala CSKA, kini diuruskan bekas jurulatih Sevilla, Tottenham dan Real Madrid, Juande Ramos, sudah memenangi empat perlawanan Eropah terakhirnya di tempat sendiri. CSKA tidak begitu cemerlang ketika seri 1-1 menentang kelab kerdil Nalchik dalam Liga Russia minggu lalu dan akan kehilangan Marc Gonzalez, yang mengalami kecederaan pergelangan kaki yang serius ketika beraksi untuk Chile minggu lalu, manakala kedudukan penyerang Brazil, Guilherme juga dalam keraguan.
Ketiadaan pemain United lebih besar dengan Wayne Rooney, masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan betis, dan Ryan Giggs, yang begitu cemerlang musim ini, kedua-duanya ditinggalkan dalam usaha memastikan mereka mendapat rehat secukupnya bagi pertarungan Liga Perdana, menentang Liverpool di Anfield, Ahad ini. Pemain tengah Korea Selatan, Park Ji-sung, kapten Scotland, Darren Fletcher dan bek kiri Perancis, Patrice Evra juga tidak dapat beraksi akibat kecederaan. Tetapi Ferguson mendapat semula Nemanja Vidic , bekas pemain musuh ketat CSKA, Spartak Moscow, kembali daripada kecederaan dan mungkin menggabungkan bek tengah Serbia itu bersama Jonny Evans yang menggantikan Rio Ferdinand. - AFP

Monday, October 19, 2009

Kecederaan Evra, Giggs resahkan Ferguson

MANCHESTER: Manchester United berdepan masalah kecederaan membabitkan Patrice Evra dan Ryan Giggs menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang CSKA Moscow di gelanggang lawan, Rabu ini. Pada masa sama, Sir Alex Ferguson mengharapkan pertahanan Serbia, Nemanja Vidic, yang tidak beraksi ketika United menang 2-1 ke atas Bolton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, akibat kecederaan buku lali kelmarin, akan kembali cergas bagi perlawanan pertengahan minggu itu. Namun, dia mengakui bimbang dengan keadaan Evra dan Giggs selepas mengalami kecederaan ketika menentang Bolton.
Ia bukan persembahan yang meyakinkan daripada United tetapi masih kembali ke persada liga, selepas Chelsea tewas kepada Aston Villa. Dan ketika Ferguson mahukan kemantapan di benteng pertahanannya - barisan itu hanya mengekalkan rekod bersih tiga kali daripada sembilan perlawanan liga - dia tetap gembira dengan kejayaan kembali ke puncak liga biarpun dengan berita kecederaan pemainnya. Pertahanan United adalah kunci kejayaan musim lalu dan biarpun Ferguson sedar saingan musim ini lebih sukar, dia percaya pemainnya boleh menampilkan persembahan lebih baik. “Giggs mungkin terpaksa melupakan kunjungan ke Moscow,” kata Ferguson ketika melihat senarai kecederaan pemainnya. “Kedudukan Evra akan kami lihat esok dan dia juga mungkin diketepikan. Vidic sudah semakin pulih dan dia pasti akan cergas untuk pertemuan dengan Liverpool (Ahad ini). “Saya fikir (Dimitar) Berbatov juga akan pulih dan kami akan cuba pastikan Wayne Rooney bersedia bagi pertemuan dengan Liverpool.” - AFP
Bolton bikin jantung Fergie berdebar

PEMAIN United, Ryan Giggs (belakang) bersaing dengan pemain Bolton, Sam Ricketts pada aksi di Old Trafford kelmarin.
LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengakui agak cemas ketika menyaksikan anak-anak buahnya diserang hebat sebelum mencipta kemenangan 2-1 ke atas Bolton pada aksi Liga Perdana England kelmarin.United bermula agak selesa apabila mendahului 2-0 hasil jaringan sendiri Zat Knight dan gol sulung Antonio Valencia pada aksi di Old Trafford itu.Namun, Matt Taylor mengurangkan defisit gol 1-2 buat Bolton, sekali gus menyuntik semangat pasukannya melancarkan gerakan bertali arus yang berjaya mencemaskan Ferguson.
"Perlawanan ini adalah lebih genting daripada apa yang kami sangkakan," kata Ferguson."Masalahnya, kami sendiri yang membuatkan perlawanan ini menjadi sukar dan kadangkala kami juga agak panik."
Menariknya, kekalahan dua pencabar terdekat, Chelsea dan Liverpool menyaksikan United kembali merampas taktha pendahulu liga hasil kemenangan ke atas Bolton itu.Begitupun, Ferguson mengakui beliau tidak terkejut dengan kekalahan yang dialami dua pencabarnya itu."Ini adalah liga paling mencabar di dunia."Telah berlaku beberapa keputusan yang mengejutkan sebelum ini. Kami juga mengalaminya ketika kalah kepada Burnley dan seri di tempat sendiri dengan Sunderland."Sementara itu, pengurus Bolton, Gary Megson kecewa dengan keputusan pengadil yang membatalkan jaringan Ivan Klasnic ekoran kekasaran yang dilakukan Ricardo Gardner ke atas penjaga gol United, Edwin van der Sar."Ia satu keputusan yang tidak masuk akal," jelasnya. - Agensi
Ferguson mula bimbang


BINTANG Manchester United, Dimitar Berbatov (tengah) memerhatikan rembatan unik yang dihasilkannya namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Bolton Wanderers, Jussi Jaaskelainen (kanan) pada pertembungan Liga Perdana England di Old Trafford, Manchester, kelmarin. United menang 2-1. - AP


MANCHESTER , England - Manchester United kini mula dilanda kebimbangan apabila Patrice Evra serta Ryan Giggs dipercayai mengalami kecederaan dan bakal terlepas peluang beraksi menjelang perlawanan Liga Juara-Juara dengan CSKA Moscow, Rabu ini.Sehubungan itu pengurus United, Sir Alex Ferguson berharap agar pemain pertahanannya dari Serbia, Nemanja Vidic akan kembali cergas bagi menggalas tugas pada pertengahan minggu ini.Vidic terlepas beraksi pada pertemuan menentang Bolton kelmarin kerana masih bergelut dengan kecederaan buku lali.Pertemuan kelmarin menyaksikan United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bolton di Old Trafford, sekali gus merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana England daripada Chelsea.Biarpun berharap Vidic kembali beraksi, namun bos United itu menyatakan dia sememangnya mengambil berat terhadap dua pemain yang menjadi sandarannya, Evra dan Giggs.Kedua-dua pemain tersebut mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Bolton.Prestasi United ketika menentang Bolton bukanlah satu persembahan yang meyakinkan.Biarpun begitu, Red Devils masih berjaya merampas kedudukan pendahulu liga dan kelab itu sangat berterima kasih kepada Aston Villa kerana berjaya menundukkan Chelsea.
Meskipun Ferguson masih berharap agar benteng pertahanannya dapat memperbaiki kelemahan yang ada, tetapi pengendali dari Scotland itu tetap gembira apabila pasukan kendaliannya kembali berada di puncak liga biarpun pada masa yang sama menerima perkhabaran kecederaan.
Pertahanan United adalah kunci kepada kejayaan kelab itu merangkul kejuaraan liga musim lalu.
Namun Ferguson mengakui bahawa persaingan liga kali ini adalah lebih mencabar. Malah dia turut yakin bahawa pemain-pemainnya boleh melakukan sesuatu yang lebih baik."Giggs diragui untuk beraksi pada pertemuan di Moscow kerana bertembung. Kami akan melihat perkembangan Evra esok (hari ini) dan dia juga berada dalam keadaan meragukan."Vidic mungkin berada dalam keadaan baik dan secara pasti, dia akan cergas untuk pertemuan menentang Liverpool (Ahad ini)."Selain itu, saya juga berpendapat bahawa Dimitar Berbatov juga dalam keadaan baik dan pada masa yang sama, kami mahu Wayne Rooney kembali beraksi.
"Rooney dijangka akan bersedia bermain menentang Liverpool," kata Ferguson ketika dia meneliti senarai pemain yang menjadi kepercayaannya. - AFP