Sunday, January 31, 2010

Koleksi gambar perlawanan Manchester United menentang Arsenal

arsenal man united Arsenal v Manchester United: Open Thread

Manchester United players celebrate Nani's opening goal

Manchester United players celebrate Nani's opening goal. Photograph: Tom Jenkins

Arsenal 1 Manchester United 3: match report

Agony and the ecstacy: Nani and Wayne Rooney tormented Manuel Almunia as Manchester United recorded a huge win over title rivals Arsenal Photo: REUTERS

Manchester United's English striker Wayne Rooney (L) vies with Arsenal's Ivory Coast defender Emmanuel Eboue (R) during their English Premier League football match against Arsenal at the Emirates in London, England on January 31, 2010.

Manchester United's English striker Wayne Rooney celebrates scoring the second goal during their English Premier League football match against Arsenal at the Emirates in London, on January 31, 2010.

Manchester United's English striker Wayne Rooney celebrates scoring the second goal during their English Premier League football match against Arsenal at the Emirates in London, on January 31, 2010

Korea progression: Ji-Sung Park increased United's lead shortly after the break to effectively end the match


World-class Wayne

Sir Alex Ferguson says a “world class” performance from Wayne Rooney was pivotal in United’s 3-1 win over Arsenal.

“Wayne was unbelievable. I think he was the key point for us in the sense Arsenal just couldn’t handle him,” praised the manager. "He was world class today, there’s absolutely no doubt. Every time when the ball went forward up the pitch towards him, we were on the attack. He turned the defenders so many times, it was a really top performance."Like chief executive David Gill, Sir Alex is determined to keep Rooney at Old Trafford – not that his future is even an issue for the United boss.“The boy’s very happy at the club, I know that, we’ve always known that," said Sir Alex.“He’s very popular among the players, he couldn’t be a better lad really. He’s a really down to earth boy. He’ll not change because that’s the way he is. "It’s refreshing in this day and age when there are so many celebrity footballers earning a lot of money. A lot of people change with success but I’m pleased to say he hasn’t.“I don’t know the situation (with Rooney’s new contract), I don’t involve myself in that but I’m sure David Gill’s working with Paul Stretford (Rooney’s representative). "Hopefully something does happen.”

Sir Alex Ferguson was talking to MUTV and Sky Sports

Fergie hormat Gunners


LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya pertemuan menentang Arsenal di The Emirates, hari ini, akan menghadirkan satu lagi babak bersejarah dalam persengketaan hebatnya dengan Gunners. Ferguson memenuhi impiannya untuk menyingkirkan Liverpool di persada bola sepak Inggeris beberapa tahun lalu dan Chelsea muncul sebagai pencabar paling utama sejak kebelakangan ini, tapi Arsenal, sama ada diuruskan oleh Arsene Wenger mahupun George Graham, sering menjadi duri dalam daging buat United. Dari saat pertahanan Arsenal, Nigel Winterburn memulakan ejekan terhadap Brian McClair berikutan kegagalan bintang United itu menjaringkan penalti pada perlawanan Piala FA 1988, tersemat perasaan dendam setiap kali dua kelab gergasi itu bertembung. Senarai perlawanan yang berbaur dendam berterusan dan juga tanpa henti: perbalahan dalam terowong antara Roy Keane dan Patrick Vieira, cara Martin Keown meraikan penalti Ruud van Nistelrooy yang tersasar dan Battle of Buffet menyaksikan Ferguson dibaling dengan piza oleh pemain Arsenal selepas perlawanan genting adalah antara beberapa kejadian yang membuktikan permusuhan itu.

Hubungan tegang Ferguson dengan Wenger sering mencetuskan plot sampingan sebelum perlawanan tapi mereka lebih rapat kali ini dan gembira untuk menikmati perlawanan besar itu. “Perlawanan dengan Arsenal adalah bersejarah,” kata Ferguson. “Sejak saya hadir di sini, kecuali tahun-tahun awal sebelum George Graham memenangi gelaran pertamanya, hanya Arsenal dan United yang sering bersaing merebut trofi. “Tiada ragu lagi Chelsea kini pasukan yang menonjol dan kami serta Chelsea yang mencabar kejuaraan buat beberapa tahun kebelakangan. “Tapi anda tidak boleh nafikan terus Arsenal kerana sejarah mereka sering menjamin satu cabaran. Dan mereka pastinya berada dalam laluan itu sekali lagi. “Perlawanan Ahad ini besar kesannya kerana kedua-dua pasukan benar-benar berpeluang untuk memenangi liga.” Wenger sering kelihatan tidak selesa apabila lawan memulakan bicara tapi beliau gembira untuk berdepan Ferguson sekali lagi kerana ia membuktikan Arsenal masih pencabar utama. Skuadnya tampak mampu menekan United dan Chelsea selepas mengatasi masalah kecederaan yang panjang dan memadam jurang 11 mata dengan pendahulu. Malah tanpa dua pemain yang cedera, Thomas Vermaelen dan Eduardo - kedua-duanya diketepikan kerana kecederaan berikutan seri pada pertengahan minggu dengan Aston Villa - Wenger yakin pemainnya mampu memuncak tepat pada masanya. “Saya tidak sabar menanti kerana ia adalah satu perlawanan yang sering menjanjikan permainan yang berkualiti,” kata Wenger. “Manchester United dan Arsenal sudah mengalami beberapa perlawanan sukar, dan kadang-kadang ia tidak mudah daripada segi fizikal, tapi kedua-dua pasukan sering cuba untuk bermain. “Pertarungan ini jarang sekali membosankan, anda selalu terfikir dari awal bahawa ia adalah perlawanan bola sepak yang hebat, dan anda sukakannya,” katanya. - AFP

Saturday, January 30, 2010


Pertembungan dua musuh tradisi
LONDON – Alex Ferguson menganggap sejarah baru akan tercipta dalam saingan Liga Perdana England apabila Mancheter United berdepan musuh tradisi, Arsenal di Emirates malam ini.Setelah 24 tahun membimbing United, Ferguson menyifatkan Arsenal sebagai pencabar terkuat skuad The Red Devils untuk mempertahankan kejuaraan liga musim ini.“Berdepan Arsenal adalah satu perlawanan yang bakal menjadi sejarah.“Sejak saya berada di sini (Old Trafford), hanya United dan Arsenal sahaja yang sering kali bersaing bagi merangkul trofi liga.

ROONEY (kiri) sekali lagi akan mengetuai jentera serangan United pada pertemuan menentang Arsenal di Emirates malam ini

“Tidak dapat dinafikan bahawa Chelsea juga merupakan salah sebuah kelab yang kuat tetapi kelab itu dilihat menunjukkan peningkatan dalam saingan trofi liga sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.“Namun sejarah telah membuktkikan Arsenal akan sentiasa memberikan saingan dan perlawanan Ahad ini (malam ini) pastinya menjanjikan saingan sengit,” jelas Ferguson.Sementara itu, Wenger berkata, dia hanya akan berasa gembira jika dapat menewaskan United bagi membuktikan kelabnya serius untuk menjuarai liga.“Saya sudah tidak sabar untuk perlawanan tersebut kerana perlawanan itu nanti bakal menjanjikan persembahan bola sepak yang menarik.“Ia satu perlawanan yang tidak akan membuat semua peminat bosan dan saya percaya anda pasti terhibur dengan perlawanan itu nanti,” kata Wenger.Bagi merealiasikan impian meraih kemenangan di tempat sendiri, Wenger dijangka menurunkan tonggak pertahanan, Sol Campbell bagi mengekang pergerakan penyerang sensasi United, Wayne Rooney yang telah meledak 13 gol dalam 13 penampilan terakhirnya. – AFP

Wednesday, January 27, 2010

Rooney sends United to Wembley

Wayne Rooney heads in the injury-time winner
GettyImages
Wayne Rooney heads in the injury-time winner
Scoring Summary
Manchester United Manchester City
Paul Scholes (52)Carlos Tevez (76)
Michael Carrick (71)
Wayne Rooney (90)
Match Stats
Manchester United Manchester City
Shots (on Goal) 15(7) 13(9)
Fouls 14 11
Corner Kicks 8 6
Offsides 2 1
Time of Possession 53% 47%
Yellow Cards 2 1
Red Cards 0 0
Saves 8 5
Match Information
Stadium: Old Trafford, England
Attendance: 74,576
Match Time: 20:00 UK
Official(s):
Howard Webb (Referee)


Updated: January 28, 2010, 8:33 AM UK

Wayne Rooney headed Manchester United to Wembley with an injury-time winner to beat Manchester City in a pulsating 3-1 victory.





Tuesday, January 26, 2010

Prestasi Rooney jadi sandaran Ferguson

MANCHESTER - Pemain sayap, Nani yakin prestasi rakan sepasukannya, Wayne Rooney mampu memberkani perubahan kepada skuad Red Devils, untuk mengatasi Manchester City di perlawanan separuh akhir Piala Liga, esok.City, yang memiliki kelebihan apabila 2-1 pada separuh akhir pertama di Eastlands, dilihat begitu bersemangat memburu tempat ke perlawanan akhir, menentang Aston Villa.Ryan Giggs menjaringkan gol pertama perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu, sebelum bekas penyerang United, Carlos Tevez menyumbat dua gol untuk City memenangi pertembungan tersebut.Pertemuan esok, pasti lebih hangat ekoran perbalahan terbuka di antara Tevez dan bekas rakan sepasukannya di United, Gary Neville.Bos United, Sir Alex Ferguson pula menegaskan, gol United di tempat lawan, tidak seharusnya dianggap satu kelebihan, sebaliknya mereka harus mengesahkan kemaraan ke pentas final di Wembley pada masa sebenar perlawanan.

Selain itu, pengurus terkemuka dunia itu, turut memberi bayangan bahawa, Rooney begitu berkeinginan untuk beraksi pada setiap perlawanan.Jelasnya, penyerang England itu seolah-olah tidak mahu direhatkan, selepas menjaring empat gol ketika membantu United membenam Hull 4-0, minggu lalu.Selain Rooney, Nani juga mempamer persembahan mengkagumkan, ketika menentang skuad Phil Brown, setelah berehat beberapa minggu ekoran kecederaan buku lali. Pemain sayap Portugal itu berharap, dia dapat menampung ketiadaan rakan senegaranya, Cristiano Ronaldo yang menyertai Real Madrid, meskipun dia sebenarnya masih bertungkus lumus untuk memberi persembahan terbaik musim ini.Begitupun, Nani berpendapat dia boleh beraksi baik, seperti mana yang telah ditunjukkannya ketika menentang Hull."Semua orang begitu gembira. Ia sesuatu yang hebat apabila kami berada pada kedudukan teratas liga. ''Malah, ia juga memberi keyakinan tinggi kepada semua pihak. ''Pasukan ini bermain dengan sempurna, menghasilkan jaringan dan kami berasa sangat baik."Pertemuan menentang City akan menjadi satu pertembungan yang sukar. ''Namun, ia hebat apabila sesebuah pasukan mempunyai seorang pemain seperti Wayne (Rooney) yang mempunyai prestasi baik dan tahap keyakinan tinggi. - AFP

Monday, January 25, 2010

Rooney bangga jaring empat gol



MANCHESTER: Wayne Rooney percaya dia bakal menikmati musim terhebat sepanjang kariernya selepas buat pertama kalinya meledakkan empat jaringan ketika membantu Manchester United membelasah Hull 4-0. Selepas membuka jaringan pada minit kelapan di Old Trafford, Rooney menjaringkan tiga lagi gol dalam tempoh lapan minit terakhir sekali gus membantu United menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris. Kejayaan itu membuatkan Rooney muncul pemain United yang pertama menghasilkan empat gol dalam satu perlawanan sejak Ruud van Nistelrooy melakukannya ketika kempen Liga Juara-Juara menentang Sparta Prague pada 2004. Rooney, setakat ini menyumbat sejumlah 19 gol liga musim ini dan memerlukan lima lagi untuk mengatasi rekodnya iaitu 23 gol. “Ia adalah kali pertama saya menjaringkan empat gol sejak terbabit dalam bola sepak secara profesional dan saya rasa sungguh hebat,” kata Rooney. “Saya bangga dengan pencapaian itu. Ia adalah sesuatu yang sangat istimewa. “Saya yakin dapat mengatasi pencapaian terbaik saya bersama United sebelum ini. Saya pasti kecewa jika ia tidak berlaku kerana saya masih mempunyai 20 perlawanan musim ini. Saya akan berduka jika saya gagal menjaringkan lebih daripada 23 gol musim ini. “Perbezaannya musim ini ialah saya lebih banyak bergerak di dalam petak penalti lawan dan saya akan cuba meletakkan diri saya dalam kedudukan sesuai untuk menjaringkan gol.” - AFP
'Lupakan sengketa'


MANCHESTER: Dalam usaha untuk mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, pengurus pasukan, Alex Ferguson merayu penyokong Manchester United supaya mengetepikan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemilik kelab, sebaliknya terus memberikan sokongan padu buat pasukan berkenaan. Sebelum merakamkan kejayaan 4-0 ke atas Hull, Ferguson meminta peminat yang marah agar menghentikan segera kempen menentang keluarga Glazer yang memiliki kelab itu. “Keluarga Manchester United sedang tertekan kerana pelbagai isu serta kontroversi termasuk masalah kewangan yang melanda kelab,” kata Ferguson. “Ramai peminat kami tidak gembira dengan masalah kewangan ini tetapi kita tidak boleh membiarkan situasi ini berlarutan hingga kita berpecah belah. “Saya yakin semua lawan kita sedang bertepuk tangan dan hanya menunggu masa untuk melihat kita jatuh. Ia akan berlaku jika kita tidak memikirkan kesan jangka panjang atas perbuatan kita sendiri.” Selepas kejayaan ke atas Hull yang meletakkan United ke persada EPL semula selepas tiga bulan lalu, ada di kalangan penyokong sekali-sekala mencemuh keluarga Glazer, dan Ferguson tegas mengatakan bahawa ia tidak mendatangkan masalah buat pemainnya. “Saya tidak fikir apa yang dilakukan itu memberi kesan kepada pemain,” katanya. Ferguson lebih cenderung memperkatakan Wayne Rooney yang kini sudah mengumpul 19 gol, empat kurang daripada jumlah terbaiknya sebelum ini. “Jaringan Wayne sememangnya menarik,” kata Ferguson. “Ia adalah kali pertama dia menjaringkan empat gol buat kami dan ia adalah kali pertama pemain United menjaringkan empat gol sejak Ole Gunnar Solskjaer melakukannya beberapa tahun lalu. “Ia cukup melegakan.
Dia berada pada tahap terbaik untuk menjaringkan gol. Saya rasa dia akan memperbaiki catatan 23 gol yang dilakukannya sebelum ini. Saya yakin dengan itu. Empat gol malam ini akan menaikkan lagi semangatnya. Dia mahu meningkatkan lagi keupayaan menjaringkan gol dan dia sedang melakukannya.” Ferguson turut gembira dengan kehadiran semula pertahanan England, Rio Ferdinand yang berehat panjang sejak mulai Oktober lalu. Beliau berkata: “Saya rasa, kecuali pada 20 minit terakhir, pertahanan kami kelihatan mantap. Kehadiran Rio membuatkan benteng kami semakin kukuh.” United kini menduduki tangga teratas EPL dan kedudukan itu memang menjadi idaman Ferguson sejak tahun baru. “Perbezaan gol mungkin menjadi faktor penting dan kami perlu mengekalkan kedudukan selaku pendahulu,” katanya. “Saya sedar lawan kami kurang bermain satu perlawanan tetapi mereka perlu menang. Kami berada di kedudukan yang tepat. Adalah baik untuk berada di atas ketika Januari berbanding bulan lain.” - AFP

Saturday, January 23, 2010

Giliran MU terajui liga
Hull City's Brazilian midfielder Geovanni (R) vies with Manchester United's English forward Wayne Rooney during the English Premier League football match between Manchester United and Hull City at Old Trafford, Manchester, north-west England on January 23, 2010. – AFP

LONDON – Penyandang juara, Manchester United menduduki tangga teratas Liga Perdana England, buat pertama kali sejak Oktober lalu, apabila Wayne Rooney meledak empat gol untuk pasukan itu menang 4-0 di tempat sendiri ke atas Hull City, semalam.United memintas Chelsea dan Arsenal, yang beraksi dalam pusingan Piala FA, apabila mengumpul 50 mata selepas 23 perlawanan.Arsenal mengumpul 48 mata dari 22 perlawanan, manakala Chelsea juga memiliki 48 mata, tetapi kurang dua perlawanan berbanding United.Rooney mencipta sejarah apabila buat pertama kali menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan di sepanjang kariernya.Perlawanan semalam menyaksikan, Rio Ferdinand kembali ke posisi tengah United, selepas tidak beraksi akibat kecederaan belakang badan, sejak pasukannya kalah 0-2 kepada Liverpool, Oktober lalu.Namun, dia jelas tidak berdepan masalah ketika pasukan tuan rumah mendominasi permainan ke atas pasukan ketiga tercorot liga, Hull.Rooney menjaringkan gol pertama pada minit kelapan, apabila menewaskan penjaga gol Hull, Boaz Myhill, dengan rembatan deras bola yang melantun, selepas sepakan Paul Scholes ditepis keluar.Rooney menambah tiga lagi gol pada 10 minit terakhir perlawanan, untuk menjadikan jaringan keseluruhannya setakat ini kepada 20 gol. – Reuters

Rooney hero United

LONDON – Manchester United memintas Arsenal untuk mendahului takhta Liga Perdana England selepas kemenangan 4-0 ke atas Hull City semalam.Dengan kemenangan itu, United kini mengumpul 50 mata, dua mata mengatasi Arsenal dan Chelsea yang menghuni tangga kedua dan ketiga liga.Arsenal dan Chelsea tidak beraksi semalam kerana terlibat dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA.Kejayaan United itu dihasilkan oleh Wayne Rooney yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan tersebut dengan menjaringkan empat gol.Malam bergaya Rooney itu bermula pada minit kelapan diikuti tiga lagi jaringan pada minit ke-82, 86 dan 90.Ia hadir tepat pada masanya ketika United sedang mempertimbangkan tawaran kontrak baru kepada Rooney yang turut mendapat perhatian kelab Sepanyol, Real Madrid.Selain kehebatan penyerang skuad kebangsaan England itu, rentak bergaya United turut dibantu dengan kehadiran semula pertahanan kental, Rio Ferdinand dalam kesebelasan utama.Boleh dikatakan, United menguasai perlawanan tersebut tanpa memberi sebarang ruang kepada lawan untuk melancarkan gerakan.“Inilah United yang sebenarnya. Banyak lagi yang akan kamu lihat daripada kami apabila semua pemain utama pulih sepenuhnya daripada kecederaan.“Kami akan terus memberi saingan dan United akan bangkit,” kata pengurusnya, Alex Ferguson. – Agensi

Friday, January 22, 2010

United sasar curi peluang duduki takhta liga

MANCHESTER: Ketika Chelsea dan Arsenal terbabit dengan kempen Piala FA, Manchester United mampu mencuri peluang untuk melonjakkan diri ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris, dengan menewaskan Hull di Old Trafford, hari ini. Kekalahan United kepada kelab Liga Satu, Leeds di pusingan ketiga membolehkan mereka mempercepatkan pertemuan dengan Tigers, perlawanan yang dijadualkan pada pertengahan minggu depan, dan mereka tidak mampu melepaskan peluang mencuri tiga mata. Arsenal melonjak ke tangga teratas liga dengan kemenangan 4-2 ke atas Bolton pertengahan minggu ini tetapi United mampu kembali ke persada itu dengan kemenangan ke atas skuad bimbingan Phil Brown. Pengurus United, Sir Alex Ferguson membuat kejutan dengan barisan yang diturunkannya untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga menentang Manchester City, Selasa lalu.
Perlawanan itu berakhir dengan kekalahan United 2-1 dan kini Ferguson perlu memutuskan berapa ramai pemain utamanya yang mampu direhatkan hari ini menjelang pertemuan kedua menentang City di Old Trafford, Rabu ini. Namun penolong pengurus United, Mike Phelan nampak beberapa petanda baik dan menegaskan pemain mampu mencatat kemenangan andai mengambil peluang yang ada. “Kami perlu lebih konsiten dalam permainan. Sewaktu menentang City, ada tanda-tanda peningkatan dalam pasukan Manchester United,” kata Phelan yang percaya nasib mereka mampu berubah andai mampu menjaringkan gol. - AFP

Barcelona pancing Rooney


ROONEY (tengah) diasak pemain Manchester City, Carlos Tevez (kanan) ketika saingan separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium of Manchester, kelmarin.

Prestasi buruk, hutang bertapuk MU, buka laluan pemain tukar angin

LONDON: Masa depan kewangan Manchester United yang tidak pasti menyaksikan gergasi Sepanyol, Barcelona cuba untuk memancing aset paling bernilai di Old Trafford iaitu Wayne Rooney. Dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini dibelenggu hutang lebih £700 juta (RM3.8 bilion) dan tidak dapat menjamin wang untuk pembelian pemain baru, kelab terbesar Eropah itu kini mengintai pemain seperti RooneyBarcelona kelihatan sudah memulakan kempen untuk menarik perhatiannya kelmarin dengan mendedahkan kepada akhbar Sepanyol, El Mundo Deportivo bahawa penyerang itu sudah memberitahu bekas rakan sepasukan di United, Gerard Pique yang kini berada di kelab Catalan itu - bahawa dia pastinya ‘mahu bermain buat Barcelona’. Sungguh pun cerita itu mungkin tiada kebenarannya, kenyataan bahawa Barcelona sudah melahirkan minat mereka - nama Rooney sering dikaitkan dalam media Sepanyol sejak kebelakangan ini - mencadangkan United berada pada kedudukan lemah. Pengeluaran bon, minggu lalu disasarkan untuk mengutip £500 juta (RM2.75 bilion) untuk melangsaikan hutang kelab itu dan prospek yang mengiringi pengisytiharan itu mendedahkan United terpaksa berdepan kemungkinan satu hari terpaksa menjual pemain mereka, kemungkinan Old Trafford, jika keadaan bertambah buruk. Kini terdedah bahawa pengeluaran kecil dokumen bon itu membenarkan pemilik, Glazers untuk mengeluarkan hampir £120 juta (RM660 juta) keluar dari kelab itu pada tahun kewangan yang akan datang. Penganalisis City percaya sebab utama di sebalik pengeluaran bon itu adalah untuk membenarkan Glazers untuk mengeluarkan wang daripada kelab itu dalam usaha mengurangkan beban hutang yang kini dianggarkan lebih £200 juta (RM1.1b). - Agensi

Monday, January 11, 2010

Ferguson pertikai lagi keputusan pengadil


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson sekali lagi berang dengan tindakan pengadil setelah Darren Fletcher dilayangkan kad merah ketika mereka seri 1-1 dengan Birmingham City awal pagi semalam.Ferguson mengkritik pengadil perlawanan, Mark Clattenburg setelah dia melayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah kepada Fletcher selepas pemain tengah itu menjatuhkan penyerang Birmingham, Cameron Jerome."Saya sudah lama tidak melihat pemain dibuang padang dengan cara lembut begini. Saya pernah menyaksikan Clattenburg mengendalikan perlawanan Tottenham bertemu Arsenal musim ini."Kamu perlu menjatuhkan seseorang dengan keras sebelum dia melayangkan kad kuning kepada sesiapa pun dalam perlawanan itu dan kini dia memerintah pula pemain saya keluar padang."Terdapat beberapa keputusan menarik dan juga pelik dibuat. Penjaga garisan kata jaringan kami adalah ofsaid tetapi ia adalah gol sendiri dan mengapa dia kata ofsaid pula."Ia ternyata tidak masuk akal dan kad kuning kedua yang diterima Fletcher pula cukup lembut," kata Ferguson.Terdahulu, Jerome mengejutkan United menerusi rembatan jarak dekat untuk membolehkan Birmingham mendahului pada minit ke-39.Namun, United berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-63 menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan Birmingham, Scott Dann."Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama tetapi ia menjadi sukar apabila kami dibolosi pada penghujung babak pertama.

FLETCHER (kiri) mempertikaikan keputusan Clattenburg pada aksi Liga Perdana England menentang Birmingham City di St. Andrews pagi semalam. United dan Birmingham seri 1-1.
"Mereka berjaya menyukarkan kami dan saya tetap berpuas hati dengan satu mata ini, lebih-lebih lagi selepas kami beraksi 10 pemain," jelas Ferguson.Sementara itu, Birmingham meneruskan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan Liga Perdana England dan pengurusnya, Alex McLeish begitu teruja dengan kemampuan anak-anak buahnya itu."Dapat mengikat United sesuatu yang menarik. Kami sedar yang United sering menjaringkan gol pada lewat permainan tetapi apabila Fletcher dibuang padang, ia memberi sedikit kelegaan buat kami," kata McLeish. - Agensi

Saturday, January 9, 2010

Amaran MU!

BIRMINGHAM: Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs tampil memberi amaran kepada pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) betapa mereka mengundang bahaya mahu mengenepikan juara bertahan itu. Prestasi tidak menentu United kebelakangan ini memberi sedikit harapan kepada pasukan yang mencabar untuk kejuaraan musim ini bahawa skuad bimbingan Sir Alex Ferguson mungkin terdedah untuk menamatkan musim ini tanpa sebarang gelaran. Anak buah Ferguson masih belum pulih daripada kejutan tewas pada pusingan ketiga Piala FA, minggu lalu kepada pendahulu Liga Satu, Leeds United di Elland Road.
Prestasi mereka dalam EPL juga tidak konsisten dan kunjungan ke Birmingham, hari ini tampak memberi satu lagi tentangan sengit memandangkan aksi cemerlang anak buah Alex McLeish ketika ini. Buat pertama kali, kemenangan untuk United belum terjamin memandangkan Birmingham tampak mahu melebarkan rentetan 11 perlawanan tanpa kalah dalam liga. Giggs, bagaimanapun, berkeras bahawa United mempunyai apa diperlukan untuk bangkit daripada kekecewaan minggu lalu dan meletakkan kembali musim mereka atas landasan. Warga Wales berusia 36 tahun itu berkata: “Ia sentiasa sama di sini, satu kekalahan dan ia dianggap satu bencana. Itu tidak akan berubah. Tetapi kami tidak terbawa-bawa dengannya, seperti biasa saja memandangkan kami juga tidak terbawa-bawa jika kami melakarkan 10 kemenangan berturutan.” - AFP

Monday, January 4, 2010

Ferguson alih tumpuan

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson (gambar) akan mempertaruhkan barisan terbaik pada pertemuan menentang Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala Liga awal pagi Khamis ini.Bagaimanapun, Ferguson akan tetap dengan polisinya dengan membariskan pemain-pemain muda apabila berdepan dengan skuad kendalian Roberto Mancini itu.Kekalahan 0-1 kepada Leeds United pada pusingan ketiga Piala FA kelmarin telah membuatkan Ferguson melakukan beberapa perubahan pemain sebelum berkunjung ke Eastlands nanti.Feguson mengakui, dia tidak menyangka skuad kendaliannya akan tewas kepada Leeds kerana telah melakukan persiapan yang cukup baik."Ianya sangat mengecewakan tetapi dalam bola sepak semua ini tidak mustahil akan berlaku.""Kami ada perlawanan separuh akhir Piala Liga Rabu ini (awal pagi Khamis) dan beberapa pemain yang beraksi hari ini (kelmarin) tidak akan diturunkan.""Saya sudah mempunyai gambaran pasukan yang akan diturunkan nanti tetapi mungkin akan ada satu atau dua perubahan," jelas Ferguson.Sehari sebelum aksi menentang Leeds, tonggak pertahanan United, Nemanja Vidic dilaporkan telah mengalami kecederaan sehingga dia tidak dapat diturunkan.
"Saya tidak dapat memberi penjelasan mengenai situasi itu kerana saya sendiri tidak tahu kecederaan apa yang dialaminya," katanya.Dalam pada itu, Ferguson bakal berdepan tindakan disiplin apabila dia mengkritik pengadil Chris Foy sejurus selepas tamat aksi kelmarin.Persatuan Bola Sepak (FA) England menolak dakwaan Ferguson yang mengatakan Foy tidak memberi masa tambahan yang cukup pada aksi di Old Trafford itu."Pengadil hanya memberi lima minit masa kecederaan dan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," jelas Ferguson. - Agensi

Friday, January 1, 2010

Rooney mahu lakukan lebih banyak jaringan

MANCHESTER, England - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney percaya dia bakal mengatasi jaringan terbaik keseluruhan semusim selepas memberi inspirasi kepada skuad kendalian Sir Alex Ferguson untuk membenam Wigan 5-0. Pada perlawanan itu, Rooney berjaya memberikan mata lebih buat United dan kini kelab itu di posisi selesa dalam Liga Perdana England apabila hampir dua mata dengan pendahulu liga, Chelsea. Rooney berjaya memecah kebuntuan tuan rumah dengan kesudahan yang menarik iaitu rekod jaringan ke-15 baginya musim ini dan bintang England itu percaya dia boleh mengulangi keseluruhan musim 2006 dan 2007 apabila dia berjaya menghasilkan 23 jaringan buat United. "Saya berharap begitu. Jika saya tidak menjaringkan lapan gol di antara sekarang dan akhir musim, pasti ada sesuatu yang tak kena. "Kami berada dalam perlawanan dengan mengetahui yang kami ada tujuh lagi gol di belakang Chelsea dan kami mahu mendekatkan jarak itu. Jadi menjaringkan lima gol sudah mendekatkan kami dan kami senang melakukannya.
"Lima gol menentang mana-mana pasukan adalah suatu perkara yang jarang berlaku ketika ini, oleh itu kami sangat gembira," katanya United yang diketuai Rooney dilihat terlalu mudah menjinakkan pelawat dan sebelum separuh masa berlalu, mereka telah mengikat, 3-0 selepas Wigan dilihat kecewa dengan pertahanan mereka yang terdesak. Selepas jaringan pembukaan oleh Rooney, ia disusuli gol daripada Michael Carrick, empat minit kemudian dan jelas sekali, dalam perlawanan itu, hanya ada satu sahaja juara. Namun terdapat persoalan kepada Wigan yang dilihat mengaku kalah lebih awal dan pada gol separuh masa pertama oleh Rafael Da Silva, jelas menyatakan pasukan itu sudah dimalukan. Ini ditambah lagi dengan jaringan oleh Dimitar Berbatov dan bekas pemain Wigan, Antonio Valencia, yang membuatkan Ferguson bertambah seronok. Jurulatih berketurunan Scotland itu begitu memuji Rooney yang dikatakan pemain terbaik di padang, yang telah menghuru-harakan barisan pertahanan Wigan dan memberi kelebihan untuk penyerang United. "Saya setuju mengatakan, 45 minit pertama adalah yang terbaik musim ini. Gerakan daripada kita begitu hebat dan kami turut mencipta banyak peluang. "Kami juga bersetuju bahawa Wayne berjaya bermain dengan menakjubkan. Ahad lalu, kami menentang Hull City dan sekarang di sini, Wayne begitu hebat. "Tenaga yang ditunjukkan, keinginan untuk menang adalah mengagumkan. Begitu juga, seluruh pemain yang bermain baik. "Saya juga rasa, separuh musim ini adalah tentang kepentingan pengalaman dan kami berjaya melakukannya. "Kami mendapat skuad terbaik dan tenaga yang hebat. Mari berharap yang kita mampu melakukannya," kata Ferguson. Bagi pengurus Wigan, Martinez, dia terpaksa menahan kekecewaan terhadap pemain-pemainnya kerana melakukan persembahan yang tidak dapat diterima. "Anda datang ke tempat seperti Old Trafford, cukuplah dengan bermain dengan baik.
"Anda harus menjadi sempurna dengan apa yang dilakukan. Harus benar-benar kukuh dan anda harus mengawal bola dan pantas. "Kami lakukan itu dengan cara lain. Mereka bermain seolah-olah secara individu, kami pula tidak kelihatan seperti pasukan dan jika anda mahu menjatuhkan kami, kamu akan kena seteruk-teruknya. Terlalu banyak kali ia terjadi musim ini dan ia tidak boleh diterima. Kami harus memperbetulkan keadaan," kata Martinez. - AFP
Beckham enggan rai gol aksi temui United

LONDON - Bintang pinjaman AC Milan, David Beckham (gambar) tidak akan meraikan jaringannya jika dia meledak gol ketika berdepan dengan Manchester United dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara.Beckham mengakui, dia sangat gembira apabila kelab sementaranya itu diundi bertemu bekas kelab lamanya, United pada pusi- ngan kalah mati kempen Liga Juara-Juara.Untuk rekod, Beckham telah beraksi dalam 394 perlawanan buat United dengan menyumbang 85 gol sebelum meninggalkan Old Trafford dan menyertai Real Madrid pada 2003.Ini adalah kali pertama dia akan turun menentang anak-anak buah Alex Ferguson itu selepas perpindahannya ke Madrid."Sekiranya saya menjaringkan gol, saya tidak akan meraikannya."Saya lebih suka kalau dapat sumbangkan gol tetapi sudah pasti saya tidak akan meraikannya."Saya tahu kadangkala apabila tiba saat perlawanan yang genting, kamu tidak akan memikirkannya, jadi kita tidak tahu apa yang akan berlaku."Namun, saya ingin memberi- tahu kamu bahawa saya tidak akan meraikannya."Perancang berusia 34 tahun itu menyertai Milan secara pinjaman daripada LA Galaxy dalam usaha- nya merebut tempat dalam skuad kebangsaan England ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. - Agensi
Ferguson sambut hari jadi ke-68 penuh bermakna
Wayne Rooney meraikan jaringan ketika menentang Wigan di Old Trafford semalam. United menang 5-0.
LONDON - Pengurus Alex Ferguson mengakui, beliau meraikan hari ulang tahunnya ke-68 dengan gembira selepas menyaksikan Wayne Rooney menjadi inspirasi kepada kemenangan 5-0 Manchester United ke atas Wigan awal pagi semalam.Hasil kemenangan besar di Old Trafford itu menyaksikan United kembali mengekori pendahulu Liga Perdana England, Chelsea dengan perbezaan dua mata."Saya meraikan hari jadi saya dengan gembira, ia suatu persembahan yang hebat dan saya sangat berpuas hati," kata Ferguson yang genap berusia 68 tahun semalam."Saya rasa sepanjang 45 minit babak pertama, kami mempamerkan aksi terbaik musim ini."Semua pergerakan berjalan lancar dan tempo permainan juga amat menakjubkan."Rooney membuka tirai jaringan United dengan meledakkan gol pertama sebelum Michael Carrick dan Rafael Da Silva menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat babak pertama.
Dimitar Berbatov dan bekas pemain Wigan, Antonio Valencia turut menemui sentuhan apabila menambah dua lagi gol pada babak kedua.
FERGUSON cukup gembira dengan kejayaan United membenam Wigan 5-0 di Old Trafford semalam.
"Rooney beraksi dengan hebat malam ini. Dia menunjukkan kekua- tannya dalam perlawanan dan juga keinginannya untuk menang," tambah Ferguson"Tetapi pada malam ini, semua pemain bermain dengan bagus. Perbezaan jaringan mungkin menjadi penentu pada hujung musim ini, siapa tahu."Saya rasa pada separuh kedua musim ini adalah masa di mana pengalaman akan memainkan pera- nan penting dan kami memiliki- nya."Kami memiliki skuad yang hebat dan kekuatan untuk melakukannya. Diharapkan kami mampu mengula- nginya lagi." - Agensi