Tuesday, October 27, 2009

Ferguson yakin United bangkit

LIVERPOOL: Sir Alex Ferguson memberi amaran kepada pencabar Manchester United dalam kancah Liga Perdana Inggeris bahawa kekalahan 2-0 pasukannya kepada Liverpool, akan hanya memperkuatkan tekad mereka mempertahankan mahkota kejuaraan. United kelihatan hambar ketika gol babak kedua melalui Fernando Torres dan David Ngog di Anfield, kelmarin menyaksikan juara bertahan itu mengalami kekalahan pertamanya dalam 12 perlawanan. Ferguson terpaksa mengakui permainan didominasi Liverpool tetapi pengurus United percaya kekecewaan dalam keputusan itu yang membolehkan Chelsea mendahului dua mata di tangga teratas liga, akan terbukti menjadi rangsangan bagi rentetan kemenangan. Ketika sebarang kekalahan menentang pasukan yang paling dibenci United akan sentiasa mengganggu fikiran Ferguson, jurulatih berbangsa Scotland itu tahu skuadnya dikalahkan dua kali olah anak buah Rafa Benitez musim lalu tetapi masih menamatkan kempen selaku juara. Mereka bangkit daripada kekalahan 4-1 kepada Reds di Old Trafford Mac lalu dengan meluru ke garisan penamat dalam saingan kejuaraan dan Ferguson menjangkakan perkara sama daripada pasukannya kali ini.
“Kami sentiasa bertindak balas. Itu perkara penting mengenai kelab kami,” kata Ferguson. “Mereka sentiasa terpaksa melakukannya. Ia bukan sesuatu yang aneh buat kami. Pada beberapa ketika dalam musim, anda akan berasa kecewa. “Tahun lalu, kami kalah 4-1 di tempat sendiri kepada Liverpool, bangkit daripadanya dan memenangi liga selepas itu dan ia cabaran kami ketika ini.” Selepas rentetan empat kekalahan, Liverpool tahu satu lagi kekalahan akan menamatkan harapan kejuaraan liga, maka tidak mengejutkan apabila Javier Mascherano, Fabio Aurelio dan Lucas mengasak lawan dengan bentesan keras. Torres membuka jaringan pada minit ke-65 apabila berjaya mengatasi asakan Rio Ferdinand dan menyudahkannya dengan rembatan kencang. Hari malang buat United menjadi bertambah buruk apabila pertahanan Serbia, Nemanja Vidic, yang sudahpun dilayangkan kad kuning, dibuang padang bagi kesalahan profesional ke atas Dirk Kuyt - kad merah ketiganya berturut-turut menentang Liverpool. - AFP

Wednesday, October 21, 2009

Owen sedia berdepan 'The Kop'

Penyerang Manchester United, Michael Owen berkata, dia menerima dan bersedia berdepan sambutan dingin peminat Liverpool apabila bertandang ke Anfield, hujung minggu ini. The Reds adalah kelab pertama bagi Owen ketika memulakan karier profesionalnya. Dia berada di Anfield selama lapan tahun (1996- 2004) sebelum berhijrah ke Real Madrid (2004-2005) dan Newcastle United (2005-2009). Kariernya yang dilihat semakin tenggelam kembali bercahaya apabila pengurus United, Sir Alex Ferguson memujuknya ke Old Trafford. Owen sedar perpindahannya ke kubu musuh bekas kelabnya tidak akan dapat dimaafkan oleh penyokong di Anfield, tetapi bekas bintang Liverpool ini tidak akan menjadikannya alasan untuk berlaku tidak jujur. Menurutnya, dia merancang untuk meraikan kejayaan seperti biasa jika berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan berkenaan. “Saya hanya manusia biasa. Saya lebih suka penonton duduk dan mengakui apa yang anda lakukan untuk pasukan di masa lalu. Saya cukup realistik dan sekarang bermain untuk seteru mereka," katanya.
United buru tiket kalah mati
ROONEY tidak dapat beraksi menentang CSKA Moscow awal pagi esok ekoran masalah kecederaan.

MOSCOW - Manchester United akan kembali ke gelanggang yang menyaksikan mereka menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti pada final Liga Juara-Juara 2008 awal pagi esok. Kali ini, sasaran United ialah untuk menundukkan CSKA Moscow, sekali gus bakal mengesahkan tempat mereka ke saingan kalah mati. Biarpun United mempamerkan aksi tidak menentu dalam saingan Liga Perdana England musim ini tetapi mereka telah pun mencatat kemenangan ke atas Besiktas di Turki dan Wolfsburg di Old Trafford pada saingan Liga Juara-Juara. Seandainya berjaya mengutip tiga lagi mata penuh di Stadium Luzhniki awal pagi esok, ia bakal meletakkan skuad Alex Ferguson itu selesa menguasai Kumpulan B.
Namun, sejarah menunjukkan bahawa ia bukan tugas mudah buat United kerana mereka tidak pernah menang di Rusia mana- kala CSKA pula yang kini dibimbing Juande Ramos telah menang kesemua enam perlawanan Eropah di tempat sendiri. CSKA bagaimanapun sekadar seri 1-1 dengan Nalchik pada aksi Liga Rusia hujung minggu lalu dan bakal turun tanpa Marc Gonzalez dan penyerang Brazil, Guilherme yang cedera. United turut dilanda masalah kecederaan dengan Wayne Rooney dan Ryan Giggs tidak dibawa ke Moscow untuk memastikan mereka cergas apabila United bertemu Liverpool di Anfield pada aksi liga Ahad ini. Turut tidak ke Moscow ialah pemain sayap United, Park Ji- sung, Darren Fletcher dan Pat- rice Evra yang juga mengalami kecederaan. Nemanja Vidic yang kembali pulih daripada kecederaan dijangka bakal bergandingan dengan Jonny Evans di barisan pertahanan United memandangkan Rio Ferdinand kini pada prestasi tidak menentu.
"Musim lalu adalah musim yang memuaskan tetapi saya bermain secara lebih selamat dan cuba memastikan tidak melakukan kesilapan. "Jadi, musim ini saya perlu cuba untuk mendapatkan bola dan mempamerkan aksi sebenar saya. "Bukan bermakna saya mahu memegang bola lebih lama tetapi saya cuba untuk beraksi lebih yakin dan menguasai posisi ini," kata Evans. - AFP
MU harap Vidic, Evans jadi penyelamat
MOSCOW: Manchester United kembali ke gelanggang yang menyaksikan mereka muncul sebagai pemenang dalam aksi final Liga Juara-Juara 2008 ke atas Chelsea dan kali ini mencari kemenangan ke atas CSKA Moscow, sekali gus memastikan laluannya ke peringkat kalah mati. Di sebalik persembahan tidak menentu dalam Liga Perdana musim ini, juara Inggeris itu tampak selesa dalam pentas Eropah setakat ini, merekodkan kemenangan ke atas Besiktas, di Turki, dan juara Jerman, Wolfsburg di Old Trafford. Tiga mata di Stadium Luzhniki akan meletakkan skuad Sir Alex Ferguson dalam penguasaan penuh Kumpulan B. Sejarah, bagaimanapun, mencadangkan ia bukannya pertarungan mudah. United tidak pernah menang di Russia manakala CSKA, kini diuruskan bekas jurulatih Sevilla, Tottenham dan Real Madrid, Juande Ramos, sudah memenangi empat perlawanan Eropah terakhirnya di tempat sendiri. CSKA tidak begitu cemerlang ketika seri 1-1 menentang kelab kerdil Nalchik dalam Liga Russia minggu lalu dan akan kehilangan Marc Gonzalez, yang mengalami kecederaan pergelangan kaki yang serius ketika beraksi untuk Chile minggu lalu, manakala kedudukan penyerang Brazil, Guilherme juga dalam keraguan.
Ketiadaan pemain United lebih besar dengan Wayne Rooney, masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan betis, dan Ryan Giggs, yang begitu cemerlang musim ini, kedua-duanya ditinggalkan dalam usaha memastikan mereka mendapat rehat secukupnya bagi pertarungan Liga Perdana, menentang Liverpool di Anfield, Ahad ini. Pemain tengah Korea Selatan, Park Ji-sung, kapten Scotland, Darren Fletcher dan bek kiri Perancis, Patrice Evra juga tidak dapat beraksi akibat kecederaan. Tetapi Ferguson mendapat semula Nemanja Vidic , bekas pemain musuh ketat CSKA, Spartak Moscow, kembali daripada kecederaan dan mungkin menggabungkan bek tengah Serbia itu bersama Jonny Evans yang menggantikan Rio Ferdinand. - AFP

Monday, October 19, 2009

Kecederaan Evra, Giggs resahkan Ferguson

MANCHESTER: Manchester United berdepan masalah kecederaan membabitkan Patrice Evra dan Ryan Giggs menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang CSKA Moscow di gelanggang lawan, Rabu ini. Pada masa sama, Sir Alex Ferguson mengharapkan pertahanan Serbia, Nemanja Vidic, yang tidak beraksi ketika United menang 2-1 ke atas Bolton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, akibat kecederaan buku lali kelmarin, akan kembali cergas bagi perlawanan pertengahan minggu itu. Namun, dia mengakui bimbang dengan keadaan Evra dan Giggs selepas mengalami kecederaan ketika menentang Bolton.
Ia bukan persembahan yang meyakinkan daripada United tetapi masih kembali ke persada liga, selepas Chelsea tewas kepada Aston Villa. Dan ketika Ferguson mahukan kemantapan di benteng pertahanannya - barisan itu hanya mengekalkan rekod bersih tiga kali daripada sembilan perlawanan liga - dia tetap gembira dengan kejayaan kembali ke puncak liga biarpun dengan berita kecederaan pemainnya. Pertahanan United adalah kunci kejayaan musim lalu dan biarpun Ferguson sedar saingan musim ini lebih sukar, dia percaya pemainnya boleh menampilkan persembahan lebih baik. “Giggs mungkin terpaksa melupakan kunjungan ke Moscow,” kata Ferguson ketika melihat senarai kecederaan pemainnya. “Kedudukan Evra akan kami lihat esok dan dia juga mungkin diketepikan. Vidic sudah semakin pulih dan dia pasti akan cergas untuk pertemuan dengan Liverpool (Ahad ini). “Saya fikir (Dimitar) Berbatov juga akan pulih dan kami akan cuba pastikan Wayne Rooney bersedia bagi pertemuan dengan Liverpool.” - AFP
Bolton bikin jantung Fergie berdebar

PEMAIN United, Ryan Giggs (belakang) bersaing dengan pemain Bolton, Sam Ricketts pada aksi di Old Trafford kelmarin.
LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengakui agak cemas ketika menyaksikan anak-anak buahnya diserang hebat sebelum mencipta kemenangan 2-1 ke atas Bolton pada aksi Liga Perdana England kelmarin.United bermula agak selesa apabila mendahului 2-0 hasil jaringan sendiri Zat Knight dan gol sulung Antonio Valencia pada aksi di Old Trafford itu.Namun, Matt Taylor mengurangkan defisit gol 1-2 buat Bolton, sekali gus menyuntik semangat pasukannya melancarkan gerakan bertali arus yang berjaya mencemaskan Ferguson.
"Perlawanan ini adalah lebih genting daripada apa yang kami sangkakan," kata Ferguson."Masalahnya, kami sendiri yang membuatkan perlawanan ini menjadi sukar dan kadangkala kami juga agak panik."
Menariknya, kekalahan dua pencabar terdekat, Chelsea dan Liverpool menyaksikan United kembali merampas taktha pendahulu liga hasil kemenangan ke atas Bolton itu.Begitupun, Ferguson mengakui beliau tidak terkejut dengan kekalahan yang dialami dua pencabarnya itu."Ini adalah liga paling mencabar di dunia."Telah berlaku beberapa keputusan yang mengejutkan sebelum ini. Kami juga mengalaminya ketika kalah kepada Burnley dan seri di tempat sendiri dengan Sunderland."Sementara itu, pengurus Bolton, Gary Megson kecewa dengan keputusan pengadil yang membatalkan jaringan Ivan Klasnic ekoran kekasaran yang dilakukan Ricardo Gardner ke atas penjaga gol United, Edwin van der Sar."Ia satu keputusan yang tidak masuk akal," jelasnya. - Agensi
Ferguson mula bimbang


BINTANG Manchester United, Dimitar Berbatov (tengah) memerhatikan rembatan unik yang dihasilkannya namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Bolton Wanderers, Jussi Jaaskelainen (kanan) pada pertembungan Liga Perdana England di Old Trafford, Manchester, kelmarin. United menang 2-1. - AP


MANCHESTER , England - Manchester United kini mula dilanda kebimbangan apabila Patrice Evra serta Ryan Giggs dipercayai mengalami kecederaan dan bakal terlepas peluang beraksi menjelang perlawanan Liga Juara-Juara dengan CSKA Moscow, Rabu ini.Sehubungan itu pengurus United, Sir Alex Ferguson berharap agar pemain pertahanannya dari Serbia, Nemanja Vidic akan kembali cergas bagi menggalas tugas pada pertengahan minggu ini.Vidic terlepas beraksi pada pertemuan menentang Bolton kelmarin kerana masih bergelut dengan kecederaan buku lali.Pertemuan kelmarin menyaksikan United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bolton di Old Trafford, sekali gus merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana England daripada Chelsea.Biarpun berharap Vidic kembali beraksi, namun bos United itu menyatakan dia sememangnya mengambil berat terhadap dua pemain yang menjadi sandarannya, Evra dan Giggs.Kedua-dua pemain tersebut mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Bolton.Prestasi United ketika menentang Bolton bukanlah satu persembahan yang meyakinkan.Biarpun begitu, Red Devils masih berjaya merampas kedudukan pendahulu liga dan kelab itu sangat berterima kasih kepada Aston Villa kerana berjaya menundukkan Chelsea.
Meskipun Ferguson masih berharap agar benteng pertahanannya dapat memperbaiki kelemahan yang ada, tetapi pengendali dari Scotland itu tetap gembira apabila pasukan kendaliannya kembali berada di puncak liga biarpun pada masa yang sama menerima perkhabaran kecederaan.
Pertahanan United adalah kunci kepada kejayaan kelab itu merangkul kejuaraan liga musim lalu.
Namun Ferguson mengakui bahawa persaingan liga kali ini adalah lebih mencabar. Malah dia turut yakin bahawa pemain-pemainnya boleh melakukan sesuatu yang lebih baik."Giggs diragui untuk beraksi pada pertemuan di Moscow kerana bertembung. Kami akan melihat perkembangan Evra esok (hari ini) dan dia juga berada dalam keadaan meragukan."Vidic mungkin berada dalam keadaan baik dan secara pasti, dia akan cergas untuk pertemuan menentang Liverpool (Ahad ini)."Selain itu, saya juga berpendapat bahawa Dimitar Berbatov juga dalam keadaan baik dan pada masa yang sama, kami mahu Wayne Rooney kembali beraksi.
"Rooney dijangka akan bersedia bermain menentang Liverpool," kata Ferguson ketika dia meneliti senarai pemain yang menjadi kepercayaannya. - AFP

Saturday, October 17, 2009


Chelsea, Liverpool rebah lagi, United kuasai carta
LONDON: Juara bertahan Manchester United melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris mengatasi Chelsea selepas melakarkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Bolton Wanderers di Old Trafford, semalam. Jaringan sendiri pertahanan Bolton, Zat Knight yang tertampan bola hasil tandukan Michael Owen serta gol pemain sayap, Antonio Valencia pada babak pertama membolehkan anak buah Sir Alex Ferguson mengutip 22 mata berbanding Chelsea 21, selepas The Blues mengalami kekalahan mengejut 2-1 kepada Aston Villa dalam perlawanan awal. Namun United terpaksa mengharungi saat-saat mencemaskan pada separuh masa kedua selepas Matthew Taylor menanduk masuk hantaran lintang Kevin Davies dan menyaksikan pelawat mengasak hebat gawang tuan rumah dalam usaha mencari gol penyamaan, Terdahulu, Villa mencatat kemenangan bergaya menewaskan pendahulu sebelum ini, Chelsea hasil dua tandukan pemain pertahanan, semalam.
Villa yang turun dengan semangat membara selepas kejayaan menumbangkan Liverpool dan seri dengan Manchester City, dikejutkan dengan gol pendahuluan oleh penyerang sensasi Chelsea, Didier Drogba pada minit ke-15. Drogba yang menyambut hantaran Frank Lampard di luar kotak penalti, bijak melepaskan tendangan padu ke penjuru gawang menewaskan penjaga gol Brad Friedel. Bagaimanapun, Richard Dunne mengikat kembali kedudukan pada minit ke-32 apabila menanduk cantik tendangan sudut sebelum James Collins memastikan kemenangan Villa di halaman sendiri, juga menerusi tandukan dari jarak dekat di tengah gawang, menewaskan Petr Cech pada minit ke-52. – Agensi

MU rampas tahta
LONDON – Manchester United kembali menguasai Liga Perdana England selepas kemenangan 2-1 ke atas Bolton Wanderers di Old Trafford semalam. Keputusan itu telah memusnahkan impian Chelsea untuk terus bermegah sebagai pendahulu selepas mereka tewas 1-2 kepada Aston Villa.Di awal permainan, Chelsea dilihat begitu yakin untuk meraih tiga mata apabila mengejutkan lawan seawal minit ke-15 menerusi Didier Drogba tetapi hasrat mereka itu berkecai apabila Villa bangkit daripada ketinggalan untuk menghasilkan dua gol menerusi Richard Dunne (minit ke-32) dan James Collins pada minit ke-52.Bagi United, kejayaan memintas Chelsea bertindak sebagai peringatan kepada pencabar mereka agar melupakan hasrat untuk menjuarai Liga Perdana England.

“Kami beraksi sebagai juara dan momentum cemerlang ini tiada siapa mampu menggugat,” kata Pengurus United, Alex Ferguson. Pada aksi di Old Trafford itu, United mendahului seawal minit kelima menerusi gol sendiri pertahanan Bolton, Zat Knight sebelum Antonio Valencia menjadikan 2-0 pada minit ke-33. Begitupun penyerang Bolton, Matthew Taylor berjaya meloloskan diri pada minit ke-75 untuk menjadikan kedudukan 2-1 dan ia kekal sehingga tamat permainan.
Liverpool pula tewas 0-1 kepada Sunderland sementara Arsenal menang bergaya 3-1 ke atas Birmingham di Emirates.Perlawanan lain menyaksikan Everton seri 1-1 dengan Wolverhampton, Portsmouth tewas 1-2 kepada Tottenham di tempat sendiri sementara Stoke City menang 2-1 ke atas West Ham. – Agensi

Wednesday, October 7, 2009

FA tuntut penjelasan Ferguson

LONDON -Pengurus Manchester United, Alex Ferguson telah diminta oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) supaya memberi penjelasan mengenai ulasan kontroversinya terhadap pengadil Alan Wiley.Ferguson mempersoalkan kecergasan Wiley selepas Manchester United seri 2-2 dengan Sunderland Sabtu lalu dan mendakwa pengadil berusia 49 tahun itu sukar mengikut rentak perlawanan perlawanan di Old Trafford.Setelah meneliti lihat ulasan Ferguson, FA England kini meminta pengurus itu memberi alasan di sebalik kata-katanya itu."Saya kecewa terhadap pengadil. Dia tidak cukup cergas untuk standard permainan ini."Rentak permainan menuntut pengadil cergas. Dia tidak cergas. Anda lihat pengadil di negara luar, mereka amat cergas. Kita ada pengadil yang cergas. Dia tidak cergas."Dia mengambil masa 30 saat untuk berlari ketika melayangkan kad kepada pemain. Dia perlukan rehat. Ia mengarut,'' ulas Ferguson.Bekas pengadil Liga Perdana England, Dermot Gallagher merasakan ulasan Ferguson itu tidak adil kepada semua pengadil.
"Dalam tempoh 17 tahun Liga Perdana, buat pertama kali saya mendengar perkara ini, seorang pengurus menggunakan alasan kecergasan mengkritik pengadil. "Saya telah dengar bermacam-macam perkara tetapi saya tidak pernah dengar seorang pengurus mengkritik pengadil tidak cergas.''Ini tahun 2009, dengan latihan yang mereka (pengadil) ada sekarang, ia adalah ulasan mengarut yang pernah saya dengar."Para pengadil semestinya cergas. Mereka berlatih empat, lima atau enam kali seminggu."Mereka berlatih secara intensif di mana 10 tahun lalu saya hampir tidak percaya,'' kata Gallagher kepada Sky Sports News.Sementara itu, bos Blackburn, Sam Allardyce tidak akan berdepan hukuman lain selepas FA England menilai kritikannya terhadap keputusan pengadil Peter Walton yang tidak memberikan penalti selepas Thomas Vermaelen dilihat mengasari David Dunn ketika Rovers kalah 6-2 di Arsenal."Saya tidak mahu merendahkan Arsenal tetapi ia kekasaran yang sepatutnya diberikan penalti."Sebagai manusia biasa, ia satu posisi yang amat tertekan. Ia merupakan tekanan besar dalam liga ini, "Anda perlu membuat keputusan penting, jika tidak anda tidak harus kekal dalam liga ini terlalu lama, bukan sebagai pengurus atau pemain, jadi sebagai pengadil anda perlu membuat penilaian yang sama.
"Mereka (pengadil) kini profesional sepenuhnya, jadi jika mereka tidak cukup cergas, kita harus mencari pengadil lain,'' kata Allardyce. - AFP
Owen cergas jalani latihan

LONDON - Penyerang Manchester United, Michael Owen kembali menjalani latihan penuh, kelmarin selepas tidak beraksi ketika pasukannya seri dengan Sunderland, Sabtu lalu.Owen dikeluarkan ketika pasukannya menang pada kempen Liga Juara-Juara ke atas Wolfsburg akibat kecederaan pangkal paha dan tidak pulih tepat pada masanya untuk beraksi dalam pertembungan dengan Sunderland.Walaupun pada awalnya tercetus kebimbangan, bekas penyerang Liverpool itu mungkin terpaksa berehat selama tiga minggu, kini dia sudah sedia untuk kembali beraksi."Saya akan kembali menjalani latihan penuh. Semakin anda tua, semakin anda perlu faham tubuh anda."Mungkin jika beberapa tahun lalu saya akan terus beraksi dengan kecederaan sebegini."Kini saya merasakan sesuatu datang pada diri saya. Jika saya teruskan juga atau melakukan pecutan, saya rasa sakit di pangkal paha.''Jadi, saya berehat. Bukan tiga atau empat minggu, ia hanya tiga atau empat hari. Ia sesuatu yang perlu anda rasai,'' katanya.Sementara itu, Owen yang memiliki 89 cap antarabangsa dan menjaringkan 40 gol untuk skuad kebangsaan England, tidak diberikan harapan untuk tersenarai dalam skuad 23 pemain ke Piala Dunia ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Owen belum lagi tampil dalam skuad Fabio Capello dan sekali lagi tersisih dari senarai jurulatih dari Itali itu daripada skuad England untuk perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine dan Belarus.Ketika ditanya mengenai peluangnya untuk beraksi pada Piala Dunia tahun depan, Owen menjawab: ''Kita tengoklah nanti. Setiap matlamat pemain England ialah ke Piala Dunia dan tersenarai dalam skuad."Saya ada masa enam atau tujuh bulan untuk melakukan yang terbaik untuk Manchester United dan saya harap Fabio Capello akan memerhatikannya.'' - AFP

Friday, October 2, 2009

Sentuhan Giggs terus menyengat

Pemain veteran turut beri sumbangan kepada gol kedua yang membawa kemenangan United


PADA 29 November ini, genap usia Ryan Giggs 37 tahun.Tetapi dalam usianya yang semakin lanjut, sejarah seperti tidak mempunyai pilihan kecuali terus merakamkan sumbangan bekas pemain antarabangsa Wales itu kepada perjuangan Manchester United.Seperti di Old Trafford dinihari semalam, Giggs yang menyemarakkan kebangkitan pasukannya sebelum menangkis cabaran juara Jerman, Vfl Wolfsburg, 2-1 dalam Liga Juara-Juara Eropah Kumpulan B.Di Old Trafford, United selalunya sukar tumbang. Tetapi itu tidak bermakna pasukan pimpinanan Sir Alex Ferguson itu tidak boleh tercicir dalam permainan.
Jadi, apabila penyerang Bosnia, Edin Dzeko, melompat lebih tinggi daripada Patrice Evra untuk memanfaatkan hantaran Makato Hasebe sebelum menanduk bola masuk ke gawang United pada minit ke-55, apakah ini bererti United menghadapi kemungkinan menerima nasib serupa Liverpool yang rebah 0-2 di tangan Fiorentina?Liverpool kecundang melalui dua gol - jaringan Steven Jovetic di Artemio Frachi - di Italy, di padang seterunya. Sebaliknya United tercicir di depan penontonnya.Jadi, siapa yang boleh diharapkan untuk mengembalikan keyakinan United?
Jika hendak diharapkan Michael Owen, bekas pemain Newcastle United itu hanya beraksi sekadar 20 minit dan menyentuh bola sekadar dua kali sebelum digantikan Dimitar Berbatov gara-gara kejang otot.Jawapannya ialah orang lama ataupun lebih sedap disebut pemain veterannya.Jadi, apabila United memperolehi tendangan percuma pada minit ke-59, siapa lagi yang lebih wajar mengambil tendangan tersebut kalau tidak Giggs.
Masih ingat siapakah pemain yang menyamakan kedudukan 1-1 sebelum United menundukkan Tottenham Hotspur 3-1 dalam Liga Perdana England di White Hart Lane pada 12 September lalu?Jawapannya ialah Giggs. Hari ini, United boleh melupakan tentang kepakaran Cristiano Ronaldo. Giggs juga tidak kurang hebatnya dari segi tendangan percuma. Bahkan tendangannya lebih berbahaya kerana beliau menggunakan kekuatan kaki kirinya.Apabila tendangan Giggs dapat memperdayakan penjaga gawang Wolfsburg, Diego Benagilo, bayangkan kegembiraan yang terpancar pada wajah Ferguson dan juga penonton-penonton United.Benar, rembatan itu telah terkena kepala rakan sepasukannya, John O'Shea, sebelum melantun mengecewakan penjaga gawang Wolfsburg itu.Tetapi dari segi catatan sejarah, gol itu adalah sumbangan Giggs.
Jadi, Ferguson yang sebelum ini tidak putus-putus menghargai sumbangan Giggs, nampaknya beliau akan terus memberikan pujian kepada pemain veteran itu.'Melihat kepada kesegaran permainannya, beliau seperti baru memulakan kerjayanya. Apa yang menarik tentang Giggs ialah anda boleh terus-menerus memujinya tetapi beliau tidak akan terjejas dengan segala pujian anda itu,' kata Ferguson.
Sebagai pengurus pasukan yang sudah lama bersama United, Ferguson begitu tahu isi hati Giggs.Tetapi sumbangan Giggs tidak setakat gol penyamaannya. Bahkan gol kemenangan United yang dijaringkan Michael Carrick pada minit ke-78 juga mempunyai sentuhan Giggs.Jika sumbangan Giggs akan terus disanjung, nasib Owen pula sungguh berbeza.Menyedari pengurus pasukan England, Fabio Capello, turut menyaksikan perlawanan itu, Owen ingin menggunakan pertarungan tersebut untuk membuktikan kemampuannya dalam usaha untuk mendapat semula tempatnya dalam skuad negara yang akan menentang Ukraine dan Belarus bulan ini.Yang jelas, Owen yang tujuh tahun lebih muda daripada Giggs terpaksa berehat selama tiga minggu.Sebaliknya, Giggs akan terus beraksi.
Gol ke-150 Ryan Giggs


MANCHESTER, England – Ryan Giggs menjaringkan gol ke-150 untuk dirinya bersama Manchester United dan menjadi penyumbang kepada penghasilan gol kemenangan Michael Carrick ketika kelab itu mencatat kejayaan 2-1 ke atas Wolfsburg, kelmarin.Persembahan mantap pemain sayap veteran United itu pada pertemuan tersebut membolehkan mereka mengutip mata penuh dan mendahului Kumpulan B Liga Juara-Juara.Namun, tandukan Edin Dzeko membantu kelab juara Jerman itu untuk berada di hadapan pada minit ke-56 ketika perlawanan di Old Trafford dilimpahi hujan.Apa pun, Giggs, 35, kembali menyamakan kedudukan dalam tempoh tiga minit selepas jaringan pendahuluan oleh pasukan pelawat menerusi sepakan percuma yang cantik.
Selepas itu, Giggs yang membuat penampilan pertama bersama United pada 1991 melakukan hantaran sempurna buat Carrick untuk menghasilkan gol kemenangan Red Devils minit ke-78.“Perkara yang sungguh mengagumkan tentang Ryan (Giggs) ialah dia mempunyai persembahan mengagumkan seperti pemain muda.“Permainannya sama seperti dia baru sahaja memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak. Dia meneruskan aksi seolah-olah pemain muda menikmati bola sepak dan ia satu perkara yang seronok untuk dilihat,” kata pengurus United, Sir Alex Ferguson.Meskipun sudah menjadi seorang pemain bola sepak England yang terbaik berjaya dihasilkan, Giggs masih terus merendahkan diri meskipun dia menghasilkan aksi menakjubkan.
“Ia hanyalah satu tendangan percuma yang lemah jika ingin dibandingkan. Namun begitu, kami memperoleh sedikit tuah.“Gol yang dihasilkan oleh saya tidak melambangkan apa-apa. Meskipun begitu secara jelasnya, saya berbangga untuk melakukannya.“Namun apa yang lebih penting, kami kembali menemui rentak pada pertemuan ini selepas mereka (Wolfsburg) menghasilkan jaringan pendahuluan.“Kami telah menunjukkan aksi dan keperibadian hebat untuk kembali bangkit,” kata pemain antarabangsa Wales itu.Mencatat kemenangan dalam dua perlawanan awal, Red Devils selesa mendahului Kumpulan B dengan kelebihan tiga mata mengatasi Wolfsburg dan CSKA Moscow.Dalam pada itu, satu lagi pertemuan kumpulan tersebut kelmarin menyaksikan CSKA Moscow mencatat kemenangan 2-1 ke atas Besiktas. – AP
United bangkit atasi kemaraan Wolfsburg

Manchester United bangkit selepas ketinggalan pada minit ke-56 untuk menundukkan Wolfsburg 2-1 pada saingan Liga Juara-juara Eropah di Old Trafford semalam. Juara Bundesliga itu mendahului hasil jaringan Edin Dzeko tetapi Ryan Giggs mengikat kedudukan 1-1 apabila sepakan percumanya terkena kepala pemain pertahanan Wolfsburg dan menerjah gawang lawan tiga minit kemudian. Pemain tengah veteran itu menjadi pemain kesembilan dalam sejarah Red Devils menyumbat 150 gol untuk kelab berkenaan. Giggs, 35, sebaris legenda United dan pengurus Sir Alex Ferguson memuji pencapaian memberangsangkan pemain kelahiran Wales untuk mengikat kedudukan sebelum Michael Carrick menyumbat gol kemenangan pada minit ke-78. “Dia sukar diramal. Berbekalkan pengalamannya, saya tidak menjangka dia mampu menambah koleksi golnya.
Dia mempamerkan aksi menakjubkan,” kata Ferguson. Begitupun, Ferguson tetap kagum dengan keseluruhan persembahan anak buahnya terutamanya kebangkitan mereka untuk mengatasi Wolfsburg selepas ketinggalan pada minit ke-56. “Golnya amat mengejutkan. Kami memperoleh gol dengan tidak sengaja hasil sepakan percuma Giggs yang terkena kepala pemain pertahanan lawan. Tetapi keseluruhan persembahan membuktikan kami layak menang. “Persembahan itu amat mengagumkan. Walaupun kami memperoleh gol dengan cara sedemikian, kami terus beraksi dan memperoleh hasilnya. Prestasi permainan kami begitu baik,” ujarnya. Giggs sebaliknya menyifatkan golnya sebagai teruk tetapi nasib tetap menyebelahi United.
“Gol ke-150 itu tidak menggambarkan apa-apa namun saya amat berbangga. Paling penting kami kembali bangkit untuk mencatat kemenangan selepas Wolfsburg membuka jaringan awal. “Kami hilang kualiti dalam melakukan hantaran pada satu ketika. Namun kami bernasib baik dan mempamerkan karakter sebenar untuk bangkit,” tambahnya.
Ryan Giggs jadi kebanggaan Ferguson
GIGGS (tengah) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakansepasukannya selepas menjaringkan satu gol di Old Trafford kelmarin.
LONDON - Alex Ferguson sekali lagi memuji prestasi luar biasa yang dipamerkan bintang veterannya, Ryan Giggs pada kempen Liga Juara-Juara. Pengurus Manchester United itu turut meramalkan, penjaring gol kemenangan mereka, Michael Carrick akan terus beraksi cemerlang buat The Red Devils. Giggs menjaringkan gol ke-150 buat United dan kemudian membuka peluang buat jaringan hebat Carrick ketika The Red Devils bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas juara Liga Jerman, Wolfsburg. "Memang sukar dipercayai apabila melihat aksi Ryan. Dia telah menerima banyak pujian daripada pelbagai pihak dan dia memang layak menerimanya kerana dia seorang pemain yang hebat," ujar Ferguson. "Amat menakjubkan bagaimana dia mampu meneruskan aksi luar biasanya seperti mana ketika zaman mudanya.
"Ia seperti dia baru saja memulakan kariernya di kelab ini. Kamu boleh beri pujian sebanyak mana yang kamu mahu ke atasnya kerana ia tidak akan menjejaskannya langsung. "Dia seperti pemain yang masih muda dan sedang menikmati zaman kehebatannya dalam bola sepak. "Bagi Carrick pula, menjaringkan gol seperti itu sesuatu yang bagus buat dirinya. Dia jelas sekali gembira. Tetapi saya rasa bulan Oktober ini kita akan terus melihat dia beraksi cemer- lang bersama kami." Ferguson juga gembira dengan persembahan pasukannya terutama semangat juang yang ditunjukkan untuk bangkit dari- pada ketinggalan 0-1 kepada kelab Jerman itu. - Agensi

Thursday, October 1, 2009

Michael hails character

Michael Carrick says United’s mental strength propelled Sir Alex's men to victory on Wednesday night. Carrick scored the winner in the Reds' 2-1 come-from-behind win at Old Trafford, but not before Ryan Giggs had restored parity following Edin Dzeko’s 55th-minute strike.“When we went a goal down we stepped up and still believed we could win the game,” Carrick told MUTV. “There’s a lot of belief, confidence and trust in each other in our squad. And I think that’s shown this season through the amount of goals we’ve scored in the latter stages of matches.“Fitness helps too, but the character and the mental strength we have certainly helps. “It’s never ideal going a goal down but when it does happen we always believe we can bounce back.”Carrick’s goal was his 13th in a United shirt and his third in European competition. The strike sealed victory for Sir Alex’s men and sent the Reds top of Group B, three points clear of Wolfsburg and CSKA Moscow.“It’s always important to get off to a good start in your group,” he said. “The win in Turkey two weeks ago was a big result –

Bos United cabar Rooney

FERGUSON (kanan) berharap Rooney dapat merangkul anugerah Pemain Terbaik Dunia.

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mencabar Wayne Rooney supaya mengikut jejak Cristiano Ronaldo dengan merangkul anugerah Pemain Terbaik Dunia.Ronaldo memenangi gelaran tersebut pada musim 2008/09 sebelum meninggalkan Old Trafford dan menyertai Real Madrid musim ini.Kini, Ferguson mahu Rooney memulakan langkah baru dalam karier bola sepaknya dengan mengatasi reputasi bintang Portugal itu.Ditanya adakah Rooney mampu melakukannya, Ferguson menjawab: "Sebenarnya, itulah cabarannya."Ada beberapa pemain hebat di luar sana. Kaka (perancang Real), Ronaldo dan Lionel Messi (penyerang Barcelona) adalah tiga pemain terbaik ketika ini."Saya rasa Wayne mampu mencapai tahap itu sekiranya dia terus mempamerkan peningkatan. Dia dianugerahi karakter tersendiri yang hanya dimiliki oleh beberapa pemain terhebat dunia."Sementara itu, United dilaporkan menjadi kelab terbaru yang sedang memantau perkembangan tonggak pertahanan Bolton Wanderers, Gary Cahill.
Selain United, Cahill, 23, juga telah berjaya menarik minat Chelsea, Juventus dan AC Milan.Ferguson melihat Cahill sebagai pengganti kepada Rio Ferdinand yang mungkin akan bersara suatu hari nanti.Pengurus Bolton, Gary Megson pula dikatakan tidak akan melepaskan Cahill pada musim perpindahan Januari ini selepas pemain itu menyambung kontrak baru selama tiga tahun awal musim ini."Ia akan memberi masalah kepada kami jika melepaskannya Januari depan. Kami berjaya memujuknya untuk kekal di sini musim ini. Jadi kami tidak perlu menjualnya," kata Megson.
- Agensi